Sunday, November 14, 2010

=new semester 2 batch 2010/2011=

semester baru dah masuk minggu pertama. alhamdulillah segalanya berjalan lancar. jadual aku untuk semester ni cun sangat-sangat sebab banyak kelas pagi. kelas pun banyak abis sampai pukul 10 je. lepas pukul 10 dah boleh rehat di kubikel...thanks to kak zurin as our AJK Jadual Waktu.

hari isnin, aku ade lab. dua-dua kene jadi demonstrator. satu kelas dengan kak erny julia dan satu kelas lagi dengan wani. kedua-duanya ade keistimewaan tersendiri. dalam kelas dengan kak ju, aku menjadi demonstrator yang baik sebab kak ju agak garang dengan student dan dia sangat mementingkan disiplin. dalam kelas dengan wani pulak, aku tak perlu explain banyak benda sebab students dah pernah kenal aku and they already knew the rules and regulation. lagipun, this is my lab class for last semester. of coz la they knew me! so, senang la sikit nak handle kelas tu.

hari selasa, aku ade lab lagi. kali ni jadi lecturer and my demonstrator is my beloved ketua unit, encik wan. **beloved ke???** nak handle kelas ni lagi la senang sebab students tahu yang encik wan tu garang, jadi dorang pun dengan sendirinya behave themselves. nothing much to explain about rules and regulation to them.

rabu, khamis dan jumaat aku ade kelas tutorial. sehari satu kelas je. **gile best**. alhamdulillah, setakat ni students' performance dalam kelas still ok. tak ade yang buat hal di minggu pertama. jadi, cikgu die ni pun tak ade la nak mengamuk dalam kelas. syukurla. semoga berkekalan perangai baik budak-budak ni.

jumaat tu sepatutnya ade kelas tapi kelas semua dibatalkan sebab students ade MUET exam. actually, tiga aktiviti berlaku serentak on that Friday. ade forum pembentangan kertas penyelidikan, ade majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan ade MUET exam. hebatnye kolej ni..**tapi tak sistematik la buat banyak majlis serentak**. aku kene attend majlis anugerah tu kat dewan sebab kene perform koir. dah lama tak nyanyi koir, nervous macam nak pengsan! **walaupun dulu aku ni bawah kumpulan koir UKM!!**

permulaan semester yang sangat menggembirakan. semoga segalanya kekal menggembirakan! insyaAllah...=)