Thursday, September 6, 2012

=it's a 4-months-story!=


i insanely miss writing! lamenya tak menulis kat sini. sesi baru 2012/2013 dah nak masuk 4 bulan dah. budak-budak batch baru? honestly, they are getting worse...year by year. students nowadays are losing their respect towards the teachers a.k.a. lecturers. cobaan..semoga Allah kuatkan hatiku..semoga Allah tambahkan kesabaranku.

ok..kita tinggalkan kisah budak-budak matrik yang kurang ajar tu..kita masuk part yang best pulak. there were so many interesting stories happened.

aku dah ada rumah sendiri! walaupun hanya kuarters, tapi aku puas hati..tak lagi makan hati. alhamdulillah. 1 Julai 2012, aku dengan rasminya menjadi penduduk tetap kuarters D1...hehe. now it’s almost 2 months aku tinggal sorang-sorang.

bulan puasa dah pun berlalu. ini Ramadhan yang ke-3 aku kat sini. dah tiga tahun aku kerja kat Perak rupanya! bulan puasa hari tu, most of the time, aku masak sendiri untuk berbuka tapi bila kemalasan tidak dapat dikawal, aku ke bazar la! hehehe. i love bazar Ramadhan sebab macam-macam makanan ada dijual. best!

lepas Ramadhan, konpemla bulan Syawal! seminggu sebelum raya lagi aku dah balik kampung sebab cuti mid-sem bersambung dengan cuti raya. masa drive balik kampung, alhamdulillah, perjalanan sangat lancar sebab takde kereta sangat atas jalan. pengalaman seminggu berpuasa kat kampung memang best! bersahur & berbuka dengan family tercinta. is there anything better that that?
sambutan 1 Syawal sangat meriah. raya pertama ziarah family sebelah abah, raya kedua ziarah family sebelah mama. raya ketiga mama dah mula kerja dan raya ketiga jugaklah aku demam! pertama kali demam untuk 2012! badan jadi panas, tekak jadi sakit, batuk tak henti. dugaan! seminggu Syawal di kelantan, finally i had to go back to gopeng. perjalanan balik ke gopeng agak mencabar sebab kereta sangat banyak atas jalan tapi alhamdulillah tak jem.

about teaching, episod baru bermula sebab aku kena ajar kuliah! 2 more months to go before final exam. hopefully my students are ready enough to give their best shot in the exam. insyaAllah.