i’m back! bizinya…sampai terlupa nk
update kat sini. semester 1 sesi 2012/2013 dah abis! final exam semester 1 pun
dah berlalu la…of coz! masuk je kerja lepas raya aritu, aku kena ajar
lecture..kumpulan M4. alhamdulillah, everything just perfect. yang paling aku
syukuri, setelah selesai final exam & results diumumkan, kelas aku
pencapaian 100%...baik kelas tutorial mahupun kuliah. alhamdulillah, syukur ya Allah…
as usual…kerja non-stop, weekend je
masa untuk enjoy…tapi kadang-kadang aku ‘mengular’ jugak masa kerja…hehehe.
so many things happened in 2012.
pahit ada, manis pun ada. but to be honest, yang pahit tu tersangat la pahit
sampai aku hampir gila & yang manis tu tersangat la manis sampai aku
menangis sambil tersenyum!
2012 : heartbreaks! he left me
without any explanation… aku sendiri tak tau daripada mana aku dapat kekuatan
untuk terima segala-galanya dengan redha. mama & abah pun boleh menitiskan
air mata bila terkenangkan kisah sedih anak sulung diorang ni…sampai bila-bila pun mustahil diorang akan bertanya tentang jodoh aku. jika apa yang jadi kat aku ni adalah satu penzaliman & satu penganiayaan, percayalah bahawa Allah itu Maha Adil...
2012 : i lost my best friend! he is
a guy, dah berkawan dengan aku sejak kitorang form 2 lagi. lama kan? masuk MRSM
lain-lain, masuk matrik lain-lain tapi masuk U yang sama! dia memang kawan aku
yang gila-gila. masa happy aku cari dia, masa sedih lagi la kan..he’s like a
big brother to me! tahun 2012 ni dia dapat awek tapi malangnya awek dia jenis
yang psiko. long story short, persahabatan ikhlas 13 tahun tu putus macam tu
je. sedih, memang sedih!
2012 : angah kahwin!!! ya, mama
dapat menantu sulung…tapi bukan daripada anak sulungnya! akhirnya kisah cinta
adik aku sampai ke jinjang pelamin. akad nikah, majlis di rumah pengantin
perempuan, majlis di rumah kami…segalanya serba-sederhana tapi meriah, memang
meriah yang amat!
2012 : aku terpilih untuk
membentangkan kertas kajian r&d kat langkawi. kertas kajian tu asalnya idea
mentor kesayangan aku, kak wahida. walaupun hanya sekadar kertas kajian asas,
tapi aku bersyukur sangat sebab kajian ni diterima untuk dibentangkan pada
seminar penyelidikan pendidikan peringkat kebangsaan anjuran bahagian
matrikulasi. ramai yang cakap, baru 3 tahun kerja dah dapat pergi peringkat kebangsaan.
hohoho…kembang kempis hidung! alhamdulillah ya Allah…thanks a lot kak wahida,
zura & aimei. we did it!!
2012 : most of my friend kahwin
& dapat anak. yang paling bertuah, dapat suami tahun 2012, dapat anak pun
tahun 2012! tahniah kawan-kawan. dua-dua tu aku tak dapat lagi sebab itu adalah
takdirNya. aku tak dapat suami lagi, tak dapat anak lagi tapi Allah kan Maha
Adil. Allah bagi kereta yang hensem, Allah bagi rumah yang comel untuk aku. alhamdulillah
ya Allah di atas limpahan rezekiMu…