Thursday, February 5, 2015

=i'm married=



2014. the best year for me ever. what more I can say about 2014. everything was just so perfect, dan semuanya berlaku dengan izin Allah. sesungguhnya qada’ & qadar Allah adalah yang terbaik untuk hambaNya. 

26th of Mei 2014 is the beginning of my love story. a guy proposed to me and he asked to marry me by the end of 2014. i was surprised and of course i was speechless. but deep down in my heart, i felt very thankful because finally the time has come and i will be getting married! 

he's the man that i know in the past two years, but honestly i don’t really know about him. his family, his work, his life…i know nothing about him. and as for him, he knows nothing about me too. nothing happened and no heart feelings in the past two years. 

i told my mom and my best friend about the unplanned marriage. my mom and my best friend told me that, kalau kami berdua memang telah ditakdirkan untuk berkahwin, Allah akan bukakan jalan dan Dia akan permudahkan segala-galanya. Ramadhan was just around the corner, and my mom and my best friend asked me to pray a lot. bulan Ramadhan adalah bulan yang paling baik untuk kita berdoa, mintalah apa sahaja daripada Allah, dan sekiranya kita ikhlas dan bersungguh-sungguh, doa kita akan dimakbulkan oleh Allah.

everything changed after he proposed. we started to get to know each other. we talked about everything, especially about family and our career! 

31st of August 2014, he went to kelantan to meet my parents. and surprisingly, my parents like him so much. alhamdulillah! 16th of September 2014, i went to sitiawan to meet his parents and family. his family accept me with pleasure. again, alhamdulillah! 5th of October 2014, not to mention it was the day of Hari Raya Aidiladha, he and his family went to kelantan to meet my family, but this time the things getting more serious because our parents finally met each other. we had our lunch together dengan lauk-pauk berasaskan daging korban, semua nampak berselera dan yang paling penting kedua-dua keluarga saling menerima antara satu sama lain. selesai makan tengahari, bakal mak mertua sarungkan cincin ke jari manis aku. tanpa pelamin, tanpa baju yang vogue, tanpa mekap langsung, dan tanpa kenduri yang semeriahnya...witnessed by only our family members, aku selamat menjadi tunangan orang. alhamdulillah! bila cuti Hari Raya Aldiladha dah habis, aku kembali ke pejabat dengan status tunangan orang. tetapi, seperti yang diajar oleh Rasulullah s.a.w., pertunangan adalah seeloknya dirahsiakan. hanya 3 kawan baik aku sahaja yang tahu tentang pertunanganku. alhamdulillah, they can be trusted.

22th of November 2014, aku diijabkabulkan dalam suasana yang sangat meriah dan dihadiri oleh semua kaum keluarga terdekat. my best friend, rosma datang daripada KL untuk majlis ni. tepat pukul 11.30 pagi, dengan hanya sekali lafaz, aku selamat bergelar isteri kepada Shahrul Anuar bin Zulkifli. alhamdulillah!

23th of November 2014, majlis kenduri perkahwinan berlangsung dalam keadaan yang sangat meriah dengan dihadiri oleh seluruh ahli keluarga dan kawan-kawan. keluarga yang datang daripada perak dapat diraikan dengan cukup sempurna. my best friend, yatie datang daripada KL, wawa datang daripada penang, dan kak wahida datang daripada perak untuk majlis ni. not to mention my buddy ana, arfah and zura yang singgah ke majlis ni sebelum bertolak untuk kembali bekerja pada esoknya. aku semestinya tak masuk kerja lagi sebab dapat cuti kahwin 4 hari daripada 24 – 27 november. alhamdulillah!

29th of November 2014, majlis resepsi di sitiawan. majlis yang cukup santai, dihadiri oleh seluruh kaum keluarga di perak dan rakan sekerja yang tak dapat datang masa majlis di kelantan minggu lepas. keluarga aku daripada kelantan diraikan dengan cukup sempurna. terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga mertua. alhamdulillah!

majlis akad nikah, majlis kenduri perkahwinan dan majlis resepsi aku berlangsung tanpa perlu cukur kening, tanpa memakai bulu mata palsu, tanpa memasang sanggul bonggol unta, tanpa menyarungkan baju yang ketat, tanpa perlu tudung yang singkat hingga mendedahkan dada, dan yang paling penting tanpa perlu meninggalkan solat semata-mata tak nak tanggalkan mekap. alhamdulillah! 

and now, it’s been 75 days since our solemnization. kami suami isteri masih lagi dalam sesi berkenalan antara satu sama lain. semoga rumahtangga yang dibina ini sentiasa mendapat rahmat Ilahi dan semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke syurga Firdausi.

Saturday, August 9, 2014

=a master student=

13 februari 2014, aku mendaftar sebagai pelajar sarjana di universiti pendidikan sultan idris (UPSI). alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana menunaikan impian aku untuk terus sambung belajar. sebenarnya mungkin bukan doa aku yang dimakbulkan tapi mungkin doa mama dan abah, doa kawan-kawan...alhamdulillah.

belajar sambil mengajar memang sangat memenatkan. dari isnin sampai tengahari jumaat kena kerja, pastu petang jumaat sampai petang sabtu ada kelas di UPSI. hari ahad bertapa kat rumah untuk buat assignment. isnin dah mula kerja balik. seriously miserable but i managed to do it well. kak ija dan kak ina pun sama sambung belajar. kak ina dengan aku sama-sama bujang, still ok to be miserable. but for kak ija as a mother and a wife, she has to be very good in terms of time management.

14 weeks of lectures, assignment, and fieldwork. then, continued with final exam on 31 May and 1 June. 3 papers in two days. fuhhhh...lepas habis exam tu memang suatu kelegaan yang sukar diceritakan! bermulalah cuti belajar selama 3 bulan! daripada bulan jun sampai ogos. gembira tak terkata!

then, my daily routine back to normal. pergi kerja, balik rehat di rumah, dan bersukaria di hujung minggu. 3 bulan tanpa assignments sangatlah menenangkan. results final exam dah keluar, dapat PNGK 3.92. alhamdulillah, pencapaian terbaik setakat ni. masa buat degree 4 tahun dulu pun tak pernah dapat result tinggi macam tu. syukur ya Allah. sekali lagi, mungkin bukan doa aku yang dimakbulkan, mungkin doa mama dan abah, atau doa rakan-rakan yang sentiasa mendoakan aku. 

semester 2 akan bermula pada minggu ke 2 bulan september. semoga Allah mempermudahkan urusan kami supaya kami dapat terus belajar dengan baik dan lancar. insyaAllah. =)

Sunday, January 12, 2014

=2013 in memory=



2013 finally come to an end! so many things happened. 

mula-mula nak ‘promote’ diri dulu. hikhikhik. tahun 2013 ni aku banyak jugak mencuba resepi-resepi baru. alhamdulillah ‘skill’ memasak tu dah bertambah. nanti kalau rajin aku kongsi resepi tu kat sini. sama-sama la kita memasak!

10 Ogos 2013 @ 3 Syawal, Epu bertunang! alhamdulillah, bertunang jugak adik aku yang sorang ni ye. dah lama bebenor dia bercinta dengan empunya badan nur alya binti rusli tu. majlis diadakan di rumah nenek alya di tumpat, kelantan. alya ni anak kacukan kelantan dan KL tapi membesar sepenuhnya di KL. majlis yang ringkas tapi elegan. pelamin yang cantik, hantaran yang bukan murahan, cincin yang sempurna untuk sebuah pertunangan, dan makanan yang sedap & pelbagai untuk tetamu. well, I know my brother. he always wants the best for him and his family. 

18 Oktober 2013, angah become a father! walaupun awal sebulan daripada tarikh jangkaan, alhamdulillah angah dapat baby girl yang sangat comel dan sempurna sifat. yes, she is pre-matured but she’s just fine. nurul aisyah humaira. what a lovely name! semoga aisyah membesar sebagai seorang anak yang pintar dan solehah.

5-7 November 2013, holiday at langkawi! orang lain cuti 3 minggu balik kampong tapi aku pegi langkawi. this is single! merayau selagi terdaya…hehe. fokus lebih kepada makan-makan dan jalan-jalan. shopping sikit-sikit je. pantai chenang, island hopping (jelajah 3 pulau), makam mahsuri, dataran lang, cable car dan underwater world. langkawi is insanely amazing! 

10-16 November 2013, bengkel penandaan kertas PSPM 1. hoho…stress u olls! bergaduh pasal skema jawapan je dah makan masa 2 hari…poning kepalo den dalam meeting room tu. aku dapat 111 skrip jawapan yang perlu disetelkan dalam masa 4 hari. it was my very first time and I honestly stressed out. berpinar biji mata aku baca jawapan merapu budak-budak ni. tulisan pulak mengalahkan cakar ayam. namun, alhamdulillah selesai jugak tugas menanda…perfectly finished! even though it was like a nightmare been there and marked all those papers, I seriously want to be the examiners again, and again. all those stressful feeling just gone when I think about the valuable experience I had back there.

this is second semester and I am now teaching PDT students! tiada notis, tiada gossip dan tetiba aku ditukarkan untuk mengajar pelajar PDT. saya yang menurut perintah! ikut saja la...selagi tidak disuruh berhenti kerja, ok la tu. pelajar program dua tahun adalah pelajar yang sangat lemah. kelayakan ke matrikulasi pun pada tahap D, D+, dan E dalam biologi. can u imagine that? and now, baru ku tahu cabaran mengajar budak-budak yang sangat slow! subhanallah, besar jugak dugaan ni rupanya. but, every cloud has its silver lining. tahap kegarangan aku tidak setinggi dulu dan tahap kesabaran aku tidak serendah dulu. alhamdulillah!

2 November 2013, aku isi permohonan online untuk sambung belajar. sebenarnya memang dari dulu lagi aku nak sambung belajar tapi tak mendapat kelulusan daripada mama aku sebab dia tak nak aku sambung belajar sorang-sorang. bahaya katanya! actually it makes sense because I have to drive to tanjung malim once a week, alone! sekarang ni, alhamdulillah kak ina dan kak ija pun nak sambung belajar jugak. bila dah berteman ni, mama terus bagi ‘green light’. restu mama memang penting untuk mengelakkan aku sangkut ketika belajar. and now, I am praying for the approval for my application to further studies!

rupanya, dah dekat hujung-hujung 2013 baru banyak benda ‘havoc’ jadi dalam hidup aku. awal tahun 2013 macam biasa-biasa je. tak kisah la awal tahun ke, akhir tahun ke…yang penting, I have my wonderful super-hectic career, I have my crazy lovely yet helpful friends, and I have my beloved supportive family! alhamdulillah, terima kasih Allah S.W.T. di atas segala nikmat-Mu.

Wednesday, April 24, 2013

=early 2013=


hoho…lamanya tak menulis kat sini. i’ve been very busy lately. too many things to be done. i am a lecturer and that’s it!

tirai 2013 dibuka dengan cerita melancong ke hatyai, thailand. memang sangat best bila dapat melawat negara orang, apatah lagi itu adalah kali pertama aku ke luar negara. bagi orang lain yang dah selalu sangat pergi oversea, mesti tak heran pun dengan pengalaman aku..maklumla, thailand je ponnn…  people can say whatever they want.  it’s ok, i don’t mind at all. dua tempat paling best yang tak mungkin aku lupa ialah hatyai ice dome & floating market. huh, insanely awesome! suhu dalam ice dome tu -150C, sejuknya memang tahap menggigil. masa nak bergambar pun bukan main lagi kena control supaya muka nampak cun je…kihkihkih. floating market pulak dah macam syurga makanan. macam-macam ada, memang sedap, memang lain dan mustahil nak jumpa makanan macam tu kat malaysia. itu baru thailand, kan? lain kali, kalau dimurahkan rezeki dan diizinkan Allah, memang aku teringin nak melancong lagi. bukan nak pergi untuk shopping, tapi nak tengok tempat orang. aku memang jenis yang suka jalan-jalan makan angin!

enough with the story of ‘jalan-jalan’, now back to my duty as a lecturer. bulan februari adalah bulan persediaan untuk Minggu Karnival Sains 2013. memang sibuk, sangat sibuk! alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan mendapat sambutan daripada pelajar. then, we continue with march. bulan yang penuh dengan aktiviti kecemerlangan untuk pelajar. ini jugalah masanya untuk kami masukkan semua rekod pelajar ke dalam sistem. biasalah tu, kerja pengkeranian memang kerja saya! hehe..

this is april and this is the time for final exam. alhamdulillah, ini kali pertama nama aku tak terpilih untuk jadi pengawas peperiksaan. kali pertama tak jaga exam sejak mula kerja 3 tahun lepas! aku bersyukur dengan sistem giliran yang diperkenalkan oleh pengarah peperiksaan yang baru ni. kalau takde sistem giliran, alamatnya asyik muka yang sama je la yang kena kerah jaga exam. sekarang ni kita gilir-gilir ye. saya sokong sistem giliran!

there are still lots of story to tell but it’s too cold here. aircond kat kubikel pensyarah ni memang sangat sejuk! it’s already 4.15 p.m and i think i wanna go home. datang kerja kena punctual, balik kerja pun mesti punctual. heeee

Tuesday, January 8, 2013

=it's all about 2012=


i’m back! bizinya…sampai terlupa nk update kat sini. semester 1 sesi 2012/2013 dah abis! final exam semester 1 pun dah berlalu la…of coz! masuk je kerja lepas raya aritu, aku kena ajar lecture..kumpulan M4. alhamdulillah, everything just perfect. yang paling aku syukuri, setelah selesai final exam & results diumumkan, kelas aku pencapaian 100%...baik kelas tutorial mahupun kuliah. alhamdulillah, syukur ya Allah…

as usual…kerja non-stop, weekend je masa untuk enjoy…tapi kadang-kadang aku ‘mengular’ jugak masa kerja…hehehe.

so many things happened in 2012. pahit ada, manis pun ada. but to be honest, yang pahit tu tersangat la pahit sampai aku hampir gila & yang manis tu tersangat la manis sampai aku menangis sambil tersenyum!

2012 : heartbreaks! he left me without any explanation… aku sendiri tak tau daripada mana aku dapat kekuatan untuk terima segala-galanya dengan redha. mama & abah pun boleh menitiskan air mata bila terkenangkan kisah sedih anak sulung diorang ni…sampai bila-bila pun mustahil diorang akan bertanya tentang jodoh aku. jika apa yang jadi kat aku ni adalah satu penzaliman & satu penganiayaan, percayalah bahawa Allah itu Maha Adil...

2012 : i lost my best friend! he is a guy, dah berkawan dengan aku sejak kitorang form 2 lagi. lama kan? masuk MRSM lain-lain, masuk matrik lain-lain tapi masuk U yang sama! dia memang kawan aku yang gila-gila. masa happy aku cari dia, masa sedih lagi la kan..he’s like a big brother to me! tahun 2012 ni dia dapat awek tapi malangnya awek dia jenis yang psiko. long story short, persahabatan ikhlas 13 tahun tu putus macam tu je. sedih, memang sedih!

2012 : angah kahwin!!! ya, mama dapat menantu sulung…tapi bukan daripada anak sulungnya! akhirnya kisah cinta adik aku sampai ke jinjang pelamin. akad nikah, majlis di rumah pengantin perempuan, majlis di rumah kami…segalanya serba-sederhana tapi meriah, memang meriah yang amat!

2012 : aku terpilih untuk membentangkan kertas kajian r&d kat langkawi. kertas kajian tu asalnya idea mentor kesayangan aku, kak wahida. walaupun hanya sekadar kertas kajian asas, tapi aku bersyukur sangat sebab kajian ni diterima untuk dibentangkan pada seminar penyelidikan pendidikan peringkat kebangsaan anjuran bahagian matrikulasi. ramai yang cakap, baru 3 tahun kerja dah dapat pergi peringkat kebangsaan. hohoho…kembang kempis hidung! alhamdulillah ya Allah…thanks a lot kak wahida, zura & aimei. we did it!!

2012 : most of my friend kahwin & dapat anak. yang paling bertuah, dapat suami tahun 2012, dapat anak pun tahun 2012! tahniah kawan-kawan. dua-dua tu aku tak dapat lagi sebab itu adalah takdirNya. aku tak dapat suami lagi, tak dapat anak lagi tapi Allah kan Maha Adil. Allah bagi kereta yang hensem, Allah bagi rumah yang comel untuk aku. alhamdulillah ya Allah di atas limpahan rezekiMu…

Thursday, September 6, 2012

=it's a 4-months-story!=


i insanely miss writing! lamenya tak menulis kat sini. sesi baru 2012/2013 dah nak masuk 4 bulan dah. budak-budak batch baru? honestly, they are getting worse...year by year. students nowadays are losing their respect towards the teachers a.k.a. lecturers. cobaan..semoga Allah kuatkan hatiku..semoga Allah tambahkan kesabaranku.

ok..kita tinggalkan kisah budak-budak matrik yang kurang ajar tu..kita masuk part yang best pulak. there were so many interesting stories happened.

aku dah ada rumah sendiri! walaupun hanya kuarters, tapi aku puas hati..tak lagi makan hati. alhamdulillah. 1 Julai 2012, aku dengan rasminya menjadi penduduk tetap kuarters D1...hehe. now it’s almost 2 months aku tinggal sorang-sorang.

bulan puasa dah pun berlalu. ini Ramadhan yang ke-3 aku kat sini. dah tiga tahun aku kerja kat Perak rupanya! bulan puasa hari tu, most of the time, aku masak sendiri untuk berbuka tapi bila kemalasan tidak dapat dikawal, aku ke bazar la! hehehe. i love bazar Ramadhan sebab macam-macam makanan ada dijual. best!

lepas Ramadhan, konpemla bulan Syawal! seminggu sebelum raya lagi aku dah balik kampung sebab cuti mid-sem bersambung dengan cuti raya. masa drive balik kampung, alhamdulillah, perjalanan sangat lancar sebab takde kereta sangat atas jalan. pengalaman seminggu berpuasa kat kampung memang best! bersahur & berbuka dengan family tercinta. is there anything better that that?
sambutan 1 Syawal sangat meriah. raya pertama ziarah family sebelah abah, raya kedua ziarah family sebelah mama. raya ketiga mama dah mula kerja dan raya ketiga jugaklah aku demam! pertama kali demam untuk 2012! badan jadi panas, tekak jadi sakit, batuk tak henti. dugaan! seminggu Syawal di kelantan, finally i had to go back to gopeng. perjalanan balik ke gopeng agak mencabar sebab kereta sangat banyak atas jalan tapi alhamdulillah tak jem.

about teaching, episod baru bermula sebab aku kena ajar kuliah! 2 more months to go before final exam. hopefully my students are ready enough to give their best shot in the exam. insyaAllah.