Tuesday, January 8, 2013

=it's all about 2012=


i’m back! bizinya…sampai terlupa nk update kat sini. semester 1 sesi 2012/2013 dah abis! final exam semester 1 pun dah berlalu la…of coz! masuk je kerja lepas raya aritu, aku kena ajar lecture..kumpulan M4. alhamdulillah, everything just perfect. yang paling aku syukuri, setelah selesai final exam & results diumumkan, kelas aku pencapaian 100%...baik kelas tutorial mahupun kuliah. alhamdulillah, syukur ya Allah…

as usual…kerja non-stop, weekend je masa untuk enjoy…tapi kadang-kadang aku ‘mengular’ jugak masa kerja…hehehe.

so many things happened in 2012. pahit ada, manis pun ada. but to be honest, yang pahit tu tersangat la pahit sampai aku hampir gila & yang manis tu tersangat la manis sampai aku menangis sambil tersenyum!

2012 : heartbreaks! he left me without any explanation… aku sendiri tak tau daripada mana aku dapat kekuatan untuk terima segala-galanya dengan redha. mama & abah pun boleh menitiskan air mata bila terkenangkan kisah sedih anak sulung diorang ni…sampai bila-bila pun mustahil diorang akan bertanya tentang jodoh aku. jika apa yang jadi kat aku ni adalah satu penzaliman & satu penganiayaan, percayalah bahawa Allah itu Maha Adil...

2012 : i lost my best friend! he is a guy, dah berkawan dengan aku sejak kitorang form 2 lagi. lama kan? masuk MRSM lain-lain, masuk matrik lain-lain tapi masuk U yang sama! dia memang kawan aku yang gila-gila. masa happy aku cari dia, masa sedih lagi la kan..he’s like a big brother to me! tahun 2012 ni dia dapat awek tapi malangnya awek dia jenis yang psiko. long story short, persahabatan ikhlas 13 tahun tu putus macam tu je. sedih, memang sedih!

2012 : angah kahwin!!! ya, mama dapat menantu sulung…tapi bukan daripada anak sulungnya! akhirnya kisah cinta adik aku sampai ke jinjang pelamin. akad nikah, majlis di rumah pengantin perempuan, majlis di rumah kami…segalanya serba-sederhana tapi meriah, memang meriah yang amat!

2012 : aku terpilih untuk membentangkan kertas kajian r&d kat langkawi. kertas kajian tu asalnya idea mentor kesayangan aku, kak wahida. walaupun hanya sekadar kertas kajian asas, tapi aku bersyukur sangat sebab kajian ni diterima untuk dibentangkan pada seminar penyelidikan pendidikan peringkat kebangsaan anjuran bahagian matrikulasi. ramai yang cakap, baru 3 tahun kerja dah dapat pergi peringkat kebangsaan. hohoho…kembang kempis hidung! alhamdulillah ya Allah…thanks a lot kak wahida, zura & aimei. we did it!!

2012 : most of my friend kahwin & dapat anak. yang paling bertuah, dapat suami tahun 2012, dapat anak pun tahun 2012! tahniah kawan-kawan. dua-dua tu aku tak dapat lagi sebab itu adalah takdirNya. aku tak dapat suami lagi, tak dapat anak lagi tapi Allah kan Maha Adil. Allah bagi kereta yang hensem, Allah bagi rumah yang comel untuk aku. alhamdulillah ya Allah di atas limpahan rezekiMu…

No comments:

Post a Comment