Thursday, October 28, 2010

=my very very bad experience=

27 Oktober 2010...lebih kurang pukul 10 pagi, bertolak balik ke kelantan. Konvoi 3 buah kereta. Perjalanan yang sangat membosankan sebab tak ade teman untuk borak dalam kereta. Lalu ikut Gerik. Aku tak begitu familiar **and actually aku tak suka sangat dengan jalan ni** tapi nak buat macamane sebab aku terpaksa ikut suara majoriti. Aku lebih suka ikut laluan Cameron Highland-Gua Musang.

Unfortunately, bila dah lepas sempadan Gerik-Jeli, aku accident!! I don’t really know what happened, tau je kereta aku dah ade dalam longkang tepi jalan. Bila aku flashback apa yang terjadi, masa sampai kat selekoh tu kereta aku lost control, berpusing 2 kali dan terus masuk dalam longkang sebelah kanan jalan. Mase tu hujan dan semua orang yang kenal aku tahu aku takut drive bila hujan, so memang sangat tak mungkin kereta aku terbabas sebab aku memecut laju! Sejam jugak la aku stuck kat situ, kereta aku ditarik naik oleh pakcik-pakcik driver lori yang kebetulan berhenti rehat kat kawasan berdekatan. Yang paling menghairankan semua orang, aku tak luka langsung dan kereta aku langsung tak kemek **calar sket je kat bahagian depan dan tepi kereta tapi kalau tak tilik betul-betul, tak nampak pun calar tu**.

Masa kereta aku terbabas tu, aku terus keluar dari kereta dan berdiri kat tepi jalan dalam keadaan menggigil, menangis dan muka yang sangat pucat. Masa tu aku hanya terbayangkan mama dengan abah je. Aku bersyukur sangat sebab kawan aku ade dengan aku **ana dah drive sampai ke bandar Jeli tapi die patah balik untuk temankan dan tenangkan aku**.

Bila semuanya dah setel, i continued driving from Jeli to my house. Dalam kereta tu aku menangis tak henti sebab aku bersyukur sangat-sangat sebab aku masih diberi peluang untuk berjumpa family aku. I safely reached home at 4.20 pm. I told my parents about what happened but they just smile and said, “the most important thing is, along selamat..we don’t care about the car as long as u’re safe”.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih diberi peluang untuk meneruskan hidup..syukur alhamdulillah ya Allah...=)

=pengawas PSPM for the 1st time=

18-26 Oktober 2010...final exam semester 1. This time, i had my first experience as pengawas peperiksaan. Soal keselamatan kertas soalan **supaya tak ade soalan yang bocor** dan soal disiplin pelajar adalah 2 perkara paling penting ketika musim final exam ni. Jadi pengawas peperiksaan di dewan agak membosankan because i can do nothing selain daripada berjalan sekeliling dewan sambil memerhatikan pelajar! Actually, semua lecturer a.k.a. semua pengawas takutkan pemantauan oleh wakil BMKPM pada musim peperiksaan, that’s why la semua pengawas kena jaga gerak-geri masing-masing...**pemantauan ni ade markah tau**.

Pengalaman yang paling tak dapat dilupakan ialah apabila aku ditugaskan menjaga student yang sakit kat asrama perempuan. This girl student ade masalah tulang belakang. Sebagai pengawas, rase best sangat sebab dapat duduk atas sofa sambil baca majalah..**sempat jugak terlelap 15 minit atas sofa tu...hikhikhik**. Lagipun, wakil BMKPM tak mungkin datang memantau di bilik sakit..

Semoga next semester nanti i’ll have this kind of experience, again...insyaAllah..=)

Sunday, October 17, 2010

=unwell=

13 Oktober 2010...bangun je dari tidur, rasa macam tak selesa..sakit tekak. i thought maybe it was just normal...aku ke ofis macam biasa, it's working day! bila dah tengahari, seharian terperuk kat ofis, dalam aircond yang sejuk..suddenly, rasa tak selesa tu turned out to be abnormal bila body temperature aku makin naik... balik dari kerja, both my housemates suruh makan ubat but i refused...late at night, my ‘personal’ doctor called me and he then forced me to take medicine..nak tak nak kena juga makan ubat, walaupun hanya panadol..

14 Oktober 2010...dengan lemah longlainya aku ke ofis. rasa tak larat sangat-sangat. selera makan memang dah hilang. i cannot stay put at my own cubicel because it was so cold...**salah satu lubang aircond kat ofis tu betul-betul atas kepala aku**. alhamdulillah tak ada students yang datang untuk konsultasi sebab aku memang tak larat nak berfikir dan melayan soalan-soalan dorang...lastly, aku berehat kat pantry.lepas ofis hour, aku mintak wani bawa aku ke klinik. doktor tu bagi ubat demam, ubat batuk & antibiotik..paling penting, dapat MC sehari. boleh la aku rest secukupnya..

15 Oktober 2010...awal-awal pagi aku dah called kak zurin, just to inform her about my MC..**kak zurin tu AJK Jadual Waktu, kalau tak nak datang kerja, kena inform dia dulu**. ini adalah hari untuk aku berehat sepenuhnya, aku baring je atas katil tu..bangun untuk makan ubat, then sambung tidur..**ubat tu bagi kesan mengantuk la**. paling buat aku terharu ialah apabila makcik sebelah rumah masakkan makanan tengahari untuk aku, complete set, nasi putih+kari ayam+ikan masak kicap...baiknya dia!! hanya Allah yang dapat membalas jasanya pada aku..=)

16 Oktober 2010...i was 70% recovered from my illness. syukurlah badan dah tak panas & sakit tekak dah hampir hilang. the most exciting part ialah, petang tu someone took me to my favorite place..rasa best sangat bila dapat pergi ke tempat yang boleh buat aku tenang and at the same time, to be with the one that i needed the most...=)

17 Oktober 2010...fully recovered and now i’m ready to continue my daily routine as usual. esok, bermula la final exam semester 1 untuk students matrikulasi seluruh malaysia selama lebih kurang 9 hari. to all my students, all the best for your examination. saya doakan yang terbaik untuk kamu semua..!!! insyaAllah...=)

Tuesday, October 12, 2010

=a weird weekend=

9-10 Oktober 2010, my lonely weekend because both my housemates were enjoying themselves at KL...=)

i really don't know what had happened to my biological clock...lepas subuh dah tak boleh nak continued tidur..actually, aku yang normal ialah aku yang suke bangun lewat bile weekend! i've tried my best untuk pejam mate tapi tak dapat nak tidur jugak...arrrgghhh, menderitanya!

then, aku bangun dan buat apa yang sepatutnya seorang suri rumah buat! kemas rumah, sapu sampah, pergi pasar & masak...
**these are what a typical housewife always do**. kenape la minggu-minggu sebelum ni aku tak jadi baik macam ni..mase dok rumah sorang-sorang macam ni la pulak aku berubah...this is totally weird!!

my routine as a 'typical housewife' tu sepatutnya hanya di kampung, where i have to take a good care of my five brothers. my mom was really surprise when i called her and told her that i cooked for lunch. the truth is, she was really happy to hear that because itulah yang sepatutnya yang dilakukan oleh setiap anak dara yang ada dalam dunia ni..=)

the most exciting part ialah bile aku dapat masakkan sesuatu untuk makcik sebelah rumah & untuk kawan-kawan kat office. syukur alhamdulillah because everyone kat office shows a very good moral support...paling happy bile ade yang pesan "lepas ni boleh la masak untuk kami lagi ye.." and paling scary bile ade yang cakap "lepas ni boleh la kahwin, dah okay sangat dah ni..". i just smiled but my heart whispered..no way, marriage is not just about cooking only..!

no matter what, i hope perubahan ni akan kekal sampai bila-bila because there is nothing wrong with that..changes for the better..it's good enough, right?

Thursday, October 7, 2010

=syawal 1431H=

bila sebut pasal raya, semua orang pun akan jadi excited...=)

cuti raya aku ialah 8 Sept.-13 Sept.2010..senang cerita, aku cuti sampai raya ke-4 je.
**raya ke-5 dah kena mengajar**. ni cuti raya yang paling sekejap yang pernah aku rase..**welcome to the reality of working life**..

1 Syawal 1431H jatuh pada 10 Sept. 2010..sambutan raya kali ni agak berbeza sebab aku dah termasuk dalam golongan orang-orang yang kene bagi duit raya...hehe. ziarah rumah saudara-mara tu satu kemestian dan tahun ni agak memenatkan sebab nak kene ziarah rumah semua orang dalam masa hanya 3 hari..kepenatan yang menggembirakan!!

pagi raya ke-4, aku drive balik ipoh. tuhan je tahu macamane teruknya traffic jam sepanjang perjalanan tu...
**sakit kaki ni dok tekan clac kereta**. ape pun, alhamdulillah kerana aku selamat sampai.

then, i continued my raya kat perak. 24 Sept. 2010 ialah hari sambutan aidilfitri kat kolej. setiap unit yang ada kene sediakan satu juadah. unit biologi sponsored kuih-muih macam puding dan popia. jamuan raya ni dibuat kat lobi kolej, melibatkan hanya staff dan pensyarah..macam-macam makanan ada..i was bloated to the max!!

then, 1 Okt. 2010 plak ialah jamuan raya unit biologi tercinta. jamuan ni pun best jugak..
**ade ke jamuan unit bio yang tak best??**..once again, i was bloated to the max!!

kenangan menyambut raya memang terlalu best..tiap-tiap tahun mesti ade kelainan dan syukur alhamdulillah sebab aku masih berpeluang untuk menikmati Syawal kali ni...to all my dear family, friends and relatives, i love all of you so much..my life wouldn't be perfect if it's without you..=)

Tuesday, October 5, 2010

=me & my clumsiness=

actually, i forgot to update my blog...but fortunately, i have my diary..so, memang every story kene refer to that diary..

17 Ogos 2010 adalah hari yang agak memalukan..that was my fault, my clumsiness. aku temankan my friend, wani untuk service kereta die kat Perodua..actually i was feeling uneasy on that day..**maybe my PMS** rasa pening dan sakit perut tapi kesian pulak kat wani pergi sorang-sorang...so, i just accompanied her. dekat dua jam jugak la kat Perodua tu...then, kitorang balik matriks. bila dah sampai kubikel masing-masing, kitorang sambung la buat kerja. only after that aku realize jam tangan aku takde!!! tuhan je tahu perasaan aku mase tu...aku tertinggal jam tangan tu kat atas sinki mase aku masuk toilet kat Perodua tadi..!!! can u imagine how clumsy i was??

dalam keadaan frust macam tu, aku terus call operator kat Perodua tu minta die tolong simpankan jam tangan tu sehingga aku sendiri yang pergi ambil semula jam tu kat sane..=(

fortunately, here come my saviour...a new friend yang aku kenal dalam facebook which i can trust **walaupun aku tak pernah face to face** telah offer diri die untuk tolong aku ambil balik jam tangan tu kat Perodua, actually that Perodua is just near to his house. syukur sangat-sangat sebab ade yang sudi tolong..**walaupun aku rase orang kat Perodua tu mesti pelik sebab yang hilang jam ialah perempuan tapi yang pergi ambil jam tu ialah lelaki**. whatever, yang penting aku dapat jam aku balik..!!

owing to that favourite watch of mine, by hook or by crook, i have to meet that guy...20 Ogos 2010, i met him at Jusco Kinta City, Ipoh. it was nice meeting him, nothing much i can described...he is
a handsome funny guy from ipoh...=)

anyway, aku bersyukur sangat-sangat sebab dapat balik jam tangan tu and at the same time dapat berkenalan dengan seorang lelaki yang baik...
betul la ape yang selalu diperkatakan, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri...it's true that i was a bit clumsy but my clumsiness means a lot to me...=)


=1st Ramadhan @ Perak=

hari pertama di bulan Ramadhan...11 Ogos 2010, Ramadhan pertama aku di negeri Perak, pertama kali juga berpuasa sebagai seorang yang sudah ada kerjaya..

hari yang agak memenatkan sebab hari Rabu aku ada 2 kelas..pagi 2 jam dalam makmal, petang 2 jam dalam tutorial..boleh tahan jugak tenaga aku dikerah hari ni, tekak memang dahaga yang amat..!!! yang paling tak dapat elak, penyakit gastrik aku la..first day puasa memang macam ni..dah biasa dah...=(

balik kerja, terus singgah bazar Ramadhan kat depan rumah..bertuah badan sebab tak perlu pergi jauh-jauh untuk cari makanan berbuka, walaupun bazar ni kecik je
**tapi sebenarnye dah cukup untuk buat aku pening mase nak pilih makanan**..

hari ke-16 di bulan Ramadhan bersamaan 26 Ogos 2010, aku balik kelantan..cuti sempena nuzul al-quran. best sangat-sangat dapat buka puasa dengan family tercinta. cuti 3 hari je, pagi ahad dah kene bertolak balik ke ipoh. walaupun sekejap je dapat merasa berpuasa kat kampung, tapi i was really satisfied...=)

on that day
**hari ahad mase aku balik ipoh tu**, 29 Ogos 2010...aku berbuka puasa with my friend. he picked me up at stesen bas medan gopeng, then we went to bazar ramadhan together. after that, kitorang buka puasa kat restoran tasek raban. actually i was a bit tired **seharian dalam bas, kejang urat la** but i tried my best not to disappoint him...=)

ape pun, aku doakan semoga Ramadhan kali ni membawa seribu keberkatan dalam hidup aku..yang penting, aku bersyukur kerana masih dipanjangkan umur untuk melalui satu lagi bulan mulia yang memang sentiasa dinantikan oleh kita sebagai umat Islam
...=)

=lawatan ke UKM, KL=

penat pergi kursus kat penang pun tak abis lagi, tiba-tiba dah kene pergi lawatan ke KL plak...7 Ogos 2010, lawatan kontekstual ke UKM, kampus KL..

pukul 7.30 pagi dah kene kumpul kat kolej...lecturer 8 orang, students 28 orang. perjalanan sgt best sebab semua orang macam excited je...dalam tentatif tulis 1 destinasi je iaitu UKM, KL tapi my ketua unit cakap kalau dapat pegi kampus induk kat Bangi pun ok jugak...waaahhhhh, UKM Bangi yang ku rindui..!!! kami telah berusaha sedaya-upaya
**exaggerated** memujuk pakcik driver supaya dia bawak kitorang ke Bangi..akhirnya, berjaya!!

sangat teruja bila dapat jejakkan kaki ke UKM..tambah lagi mase tu musim pesta konvo..memang meriah kat DECTAR dan Dataran Gemilang...ramai jugak ex-students KMPk yang datang tegur dan bersalam dengan kitorang
**walaupun sebenarnya kami tak ingat langsung muka diorang**..maybe students sains fizikal..

dulu mase study, aku tak pernah miss pesta konvo..wajib pergi tiap-tiap tahun..ni kira tahun ke-5 aku di pesta konvo UKM...i really miss all the memories here because life after study
**working life** is not enjoyable at all...=(

lepas zohor, terus gerak ke UKM, KL..kat situ, kitorang melawat muzium anatomi dan makmal bedah...dalam muzium anatomi, macam biasa la..ade segala organ badan manusia dari hujung rambut sampai hujung kaki.. the most exciting part is bila dapat masuk dewan bedah...for the first time in my life, aku dapat tengok macamana mayat diawet..segala proses mengawet diterangkan dengan detail oleh petugas kat situ..best, new experience untuk orang macam aku yang tak tau ape-ape pasal pengawetan mayat..

pukul 6 bertolak balik ke KMPk, tambah dengan trafik jem kat bandar KL tu, akhirnya kitorang sampai kat matriks pukul 10 lebih..penat memang penat tapi sangat berbaloi..syukur alhamdulillah sebab diberi peluang untuk ikut sama dalam lawatan ni...=)