Thursday, October 28, 2010

=my very very bad experience=

27 Oktober 2010...lebih kurang pukul 10 pagi, bertolak balik ke kelantan. Konvoi 3 buah kereta. Perjalanan yang sangat membosankan sebab tak ade teman untuk borak dalam kereta. Lalu ikut Gerik. Aku tak begitu familiar **and actually aku tak suka sangat dengan jalan ni** tapi nak buat macamane sebab aku terpaksa ikut suara majoriti. Aku lebih suka ikut laluan Cameron Highland-Gua Musang.

Unfortunately, bila dah lepas sempadan Gerik-Jeli, aku accident!! I don’t really know what happened, tau je kereta aku dah ade dalam longkang tepi jalan. Bila aku flashback apa yang terjadi, masa sampai kat selekoh tu kereta aku lost control, berpusing 2 kali dan terus masuk dalam longkang sebelah kanan jalan. Mase tu hujan dan semua orang yang kenal aku tahu aku takut drive bila hujan, so memang sangat tak mungkin kereta aku terbabas sebab aku memecut laju! Sejam jugak la aku stuck kat situ, kereta aku ditarik naik oleh pakcik-pakcik driver lori yang kebetulan berhenti rehat kat kawasan berdekatan. Yang paling menghairankan semua orang, aku tak luka langsung dan kereta aku langsung tak kemek **calar sket je kat bahagian depan dan tepi kereta tapi kalau tak tilik betul-betul, tak nampak pun calar tu**.

Masa kereta aku terbabas tu, aku terus keluar dari kereta dan berdiri kat tepi jalan dalam keadaan menggigil, menangis dan muka yang sangat pucat. Masa tu aku hanya terbayangkan mama dengan abah je. Aku bersyukur sangat sebab kawan aku ade dengan aku **ana dah drive sampai ke bandar Jeli tapi die patah balik untuk temankan dan tenangkan aku**.

Bila semuanya dah setel, i continued driving from Jeli to my house. Dalam kereta tu aku menangis tak henti sebab aku bersyukur sangat-sangat sebab aku masih diberi peluang untuk berjumpa family aku. I safely reached home at 4.20 pm. I told my parents about what happened but they just smile and said, “the most important thing is, along selamat..we don’t care about the car as long as u’re safe”.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih diberi peluang untuk meneruskan hidup..syukur alhamdulillah ya Allah...=)

No comments:

Post a Comment