Saturday, August 9, 2014

=a master student=

13 februari 2014, aku mendaftar sebagai pelajar sarjana di universiti pendidikan sultan idris (UPSI). alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana menunaikan impian aku untuk terus sambung belajar. sebenarnya mungkin bukan doa aku yang dimakbulkan tapi mungkin doa mama dan abah, doa kawan-kawan...alhamdulillah.

belajar sambil mengajar memang sangat memenatkan. dari isnin sampai tengahari jumaat kena kerja, pastu petang jumaat sampai petang sabtu ada kelas di UPSI. hari ahad bertapa kat rumah untuk buat assignment. isnin dah mula kerja balik. seriously miserable but i managed to do it well. kak ija dan kak ina pun sama sambung belajar. kak ina dengan aku sama-sama bujang, still ok to be miserable. but for kak ija as a mother and a wife, she has to be very good in terms of time management.

14 weeks of lectures, assignment, and fieldwork. then, continued with final exam on 31 May and 1 June. 3 papers in two days. fuhhhh...lepas habis exam tu memang suatu kelegaan yang sukar diceritakan! bermulalah cuti belajar selama 3 bulan! daripada bulan jun sampai ogos. gembira tak terkata!

then, my daily routine back to normal. pergi kerja, balik rehat di rumah, dan bersukaria di hujung minggu. 3 bulan tanpa assignments sangatlah menenangkan. results final exam dah keluar, dapat PNGK 3.92. alhamdulillah, pencapaian terbaik setakat ni. masa buat degree 4 tahun dulu pun tak pernah dapat result tinggi macam tu. syukur ya Allah. sekali lagi, mungkin bukan doa aku yang dimakbulkan, mungkin doa mama dan abah, atau doa rakan-rakan yang sentiasa mendoakan aku. 

semester 2 akan bermula pada minggu ke 2 bulan september. semoga Allah mempermudahkan urusan kami supaya kami dapat terus belajar dengan baik dan lancar. insyaAllah. =)

Sunday, January 12, 2014

=2013 in memory=



2013 finally come to an end! so many things happened. 

mula-mula nak ‘promote’ diri dulu. hikhikhik. tahun 2013 ni aku banyak jugak mencuba resepi-resepi baru. alhamdulillah ‘skill’ memasak tu dah bertambah. nanti kalau rajin aku kongsi resepi tu kat sini. sama-sama la kita memasak!

10 Ogos 2013 @ 3 Syawal, Epu bertunang! alhamdulillah, bertunang jugak adik aku yang sorang ni ye. dah lama bebenor dia bercinta dengan empunya badan nur alya binti rusli tu. majlis diadakan di rumah nenek alya di tumpat, kelantan. alya ni anak kacukan kelantan dan KL tapi membesar sepenuhnya di KL. majlis yang ringkas tapi elegan. pelamin yang cantik, hantaran yang bukan murahan, cincin yang sempurna untuk sebuah pertunangan, dan makanan yang sedap & pelbagai untuk tetamu. well, I know my brother. he always wants the best for him and his family. 

18 Oktober 2013, angah become a father! walaupun awal sebulan daripada tarikh jangkaan, alhamdulillah angah dapat baby girl yang sangat comel dan sempurna sifat. yes, she is pre-matured but she’s just fine. nurul aisyah humaira. what a lovely name! semoga aisyah membesar sebagai seorang anak yang pintar dan solehah.

5-7 November 2013, holiday at langkawi! orang lain cuti 3 minggu balik kampong tapi aku pegi langkawi. this is single! merayau selagi terdaya…hehe. fokus lebih kepada makan-makan dan jalan-jalan. shopping sikit-sikit je. pantai chenang, island hopping (jelajah 3 pulau), makam mahsuri, dataran lang, cable car dan underwater world. langkawi is insanely amazing! 

10-16 November 2013, bengkel penandaan kertas PSPM 1. hoho…stress u olls! bergaduh pasal skema jawapan je dah makan masa 2 hari…poning kepalo den dalam meeting room tu. aku dapat 111 skrip jawapan yang perlu disetelkan dalam masa 4 hari. it was my very first time and I honestly stressed out. berpinar biji mata aku baca jawapan merapu budak-budak ni. tulisan pulak mengalahkan cakar ayam. namun, alhamdulillah selesai jugak tugas menanda…perfectly finished! even though it was like a nightmare been there and marked all those papers, I seriously want to be the examiners again, and again. all those stressful feeling just gone when I think about the valuable experience I had back there.

this is second semester and I am now teaching PDT students! tiada notis, tiada gossip dan tetiba aku ditukarkan untuk mengajar pelajar PDT. saya yang menurut perintah! ikut saja la...selagi tidak disuruh berhenti kerja, ok la tu. pelajar program dua tahun adalah pelajar yang sangat lemah. kelayakan ke matrikulasi pun pada tahap D, D+, dan E dalam biologi. can u imagine that? and now, baru ku tahu cabaran mengajar budak-budak yang sangat slow! subhanallah, besar jugak dugaan ni rupanya. but, every cloud has its silver lining. tahap kegarangan aku tidak setinggi dulu dan tahap kesabaran aku tidak serendah dulu. alhamdulillah!

2 November 2013, aku isi permohonan online untuk sambung belajar. sebenarnya memang dari dulu lagi aku nak sambung belajar tapi tak mendapat kelulusan daripada mama aku sebab dia tak nak aku sambung belajar sorang-sorang. bahaya katanya! actually it makes sense because I have to drive to tanjung malim once a week, alone! sekarang ni, alhamdulillah kak ina dan kak ija pun nak sambung belajar jugak. bila dah berteman ni, mama terus bagi ‘green light’. restu mama memang penting untuk mengelakkan aku sangkut ketika belajar. and now, I am praying for the approval for my application to further studies!

rupanya, dah dekat hujung-hujung 2013 baru banyak benda ‘havoc’ jadi dalam hidup aku. awal tahun 2013 macam biasa-biasa je. tak kisah la awal tahun ke, akhir tahun ke…yang penting, I have my wonderful super-hectic career, I have my crazy lovely yet helpful friends, and I have my beloved supportive family! alhamdulillah, terima kasih Allah S.W.T. di atas segala nikmat-Mu.