2013 finally come to an end! so
many things happened.
mula-mula nak ‘promote’ diri
dulu. hikhikhik. tahun 2013 ni aku banyak jugak mencuba resepi-resepi baru. alhamdulillah
‘skill’ memasak tu dah bertambah. nanti kalau rajin aku kongsi resepi tu kat
sini. sama-sama la kita memasak!
10 Ogos 2013 @ 3 Syawal, Epu bertunang!
alhamdulillah, bertunang jugak adik aku yang sorang ni ye. dah lama bebenor dia
bercinta dengan empunya badan nur alya binti rusli tu. majlis diadakan di rumah
nenek alya di tumpat, kelantan. alya ni anak kacukan kelantan dan KL tapi
membesar sepenuhnya di KL. majlis yang ringkas tapi elegan. pelamin yang
cantik, hantaran yang bukan murahan, cincin yang sempurna untuk sebuah
pertunangan, dan makanan yang sedap & pelbagai untuk tetamu. well, I know
my brother. he always wants the best for him and his family.
18 Oktober 2013, angah become a
father! walaupun awal sebulan daripada tarikh jangkaan, alhamdulillah angah
dapat baby girl yang sangat comel dan sempurna sifat. yes, she is pre-matured
but she’s just fine. nurul aisyah humaira. what a lovely name! semoga aisyah
membesar sebagai seorang anak yang pintar dan solehah.
5-7 November 2013, holiday at langkawi!
orang lain cuti 3 minggu balik kampong tapi aku pegi langkawi. this is single! merayau
selagi terdaya…hehe. fokus lebih kepada makan-makan dan jalan-jalan. shopping
sikit-sikit je. pantai chenang, island hopping (jelajah 3 pulau), makam
mahsuri, dataran lang, cable car dan underwater world. langkawi is insanely
amazing!
10-16 November 2013, bengkel
penandaan kertas PSPM 1. hoho…stress u olls! bergaduh pasal skema jawapan je
dah makan masa 2 hari…poning kepalo den dalam meeting room tu. aku dapat 111
skrip jawapan yang perlu disetelkan dalam masa 4 hari. it was my very first
time and I honestly stressed out. berpinar biji mata aku baca jawapan merapu
budak-budak ni. tulisan pulak mengalahkan cakar ayam. namun, alhamdulillah
selesai jugak tugas menanda…perfectly finished! even though it was like a
nightmare been there and marked all those papers, I seriously want to be the
examiners again, and again. all those stressful feeling just gone when I think
about the valuable experience I had back there.
this is second semester and I am now
teaching PDT students! tiada notis, tiada gossip dan tetiba aku ditukarkan
untuk mengajar pelajar PDT. saya yang menurut perintah! ikut saja la...selagi
tidak disuruh berhenti kerja, ok la tu. pelajar program dua tahun adalah
pelajar yang sangat lemah. kelayakan ke matrikulasi pun pada tahap D, D+, dan E
dalam biologi. can u imagine that? and now, baru ku tahu cabaran mengajar
budak-budak yang sangat slow! subhanallah, besar jugak dugaan ni rupanya. but,
every cloud has its silver lining. tahap kegarangan aku tidak setinggi dulu dan
tahap kesabaran aku tidak serendah dulu. alhamdulillah!
2 November 2013, aku isi
permohonan online untuk sambung belajar. sebenarnya memang dari dulu lagi aku
nak sambung belajar tapi tak mendapat kelulusan daripada mama aku sebab dia tak
nak aku sambung belajar sorang-sorang. bahaya katanya! actually it makes sense
because I have to drive to tanjung malim once a week, alone! sekarang ni,
alhamdulillah kak ina dan kak ija pun nak sambung belajar jugak. bila dah
berteman ni, mama terus bagi ‘green light’. restu mama memang penting untuk mengelakkan
aku sangkut ketika belajar. and now, I am praying for the approval for my
application to further studies!
rupanya, dah dekat hujung-hujung
2013 baru banyak benda ‘havoc’ jadi dalam hidup aku. awal tahun 2013 macam
biasa-biasa je. tak kisah la awal tahun ke, akhir tahun ke…yang penting, I have
my wonderful super-hectic career, I have my crazy lovely yet helpful friends,
and I have my beloved supportive family! alhamdulillah, terima kasih Allah
S.W.T. di atas segala nikmat-Mu.
No comments:
Post a Comment