Wednesday, April 24, 2013

=early 2013=


hoho…lamanya tak menulis kat sini. i’ve been very busy lately. too many things to be done. i am a lecturer and that’s it!

tirai 2013 dibuka dengan cerita melancong ke hatyai, thailand. memang sangat best bila dapat melawat negara orang, apatah lagi itu adalah kali pertama aku ke luar negara. bagi orang lain yang dah selalu sangat pergi oversea, mesti tak heran pun dengan pengalaman aku..maklumla, thailand je ponnn…  people can say whatever they want.  it’s ok, i don’t mind at all. dua tempat paling best yang tak mungkin aku lupa ialah hatyai ice dome & floating market. huh, insanely awesome! suhu dalam ice dome tu -150C, sejuknya memang tahap menggigil. masa nak bergambar pun bukan main lagi kena control supaya muka nampak cun je…kihkihkih. floating market pulak dah macam syurga makanan. macam-macam ada, memang sedap, memang lain dan mustahil nak jumpa makanan macam tu kat malaysia. itu baru thailand, kan? lain kali, kalau dimurahkan rezeki dan diizinkan Allah, memang aku teringin nak melancong lagi. bukan nak pergi untuk shopping, tapi nak tengok tempat orang. aku memang jenis yang suka jalan-jalan makan angin!

enough with the story of ‘jalan-jalan’, now back to my duty as a lecturer. bulan februari adalah bulan persediaan untuk Minggu Karnival Sains 2013. memang sibuk, sangat sibuk! alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan mendapat sambutan daripada pelajar. then, we continue with march. bulan yang penuh dengan aktiviti kecemerlangan untuk pelajar. ini jugalah masanya untuk kami masukkan semua rekod pelajar ke dalam sistem. biasalah tu, kerja pengkeranian memang kerja saya! hehe..

this is april and this is the time for final exam. alhamdulillah, ini kali pertama nama aku tak terpilih untuk jadi pengawas peperiksaan. kali pertama tak jaga exam sejak mula kerja 3 tahun lepas! aku bersyukur dengan sistem giliran yang diperkenalkan oleh pengarah peperiksaan yang baru ni. kalau takde sistem giliran, alamatnya asyik muka yang sama je la yang kena kerah jaga exam. sekarang ni kita gilir-gilir ye. saya sokong sistem giliran!

there are still lots of story to tell but it’s too cold here. aircond kat kubikel pensyarah ni memang sangat sejuk! it’s already 4.15 p.m and i think i wanna go home. datang kerja kena punctual, balik kerja pun mesti punctual. heeee

Tuesday, January 8, 2013

=it's all about 2012=


i’m back! bizinya…sampai terlupa nk update kat sini. semester 1 sesi 2012/2013 dah abis! final exam semester 1 pun dah berlalu la…of coz! masuk je kerja lepas raya aritu, aku kena ajar lecture..kumpulan M4. alhamdulillah, everything just perfect. yang paling aku syukuri, setelah selesai final exam & results diumumkan, kelas aku pencapaian 100%...baik kelas tutorial mahupun kuliah. alhamdulillah, syukur ya Allah…

as usual…kerja non-stop, weekend je masa untuk enjoy…tapi kadang-kadang aku ‘mengular’ jugak masa kerja…hehehe.

so many things happened in 2012. pahit ada, manis pun ada. but to be honest, yang pahit tu tersangat la pahit sampai aku hampir gila & yang manis tu tersangat la manis sampai aku menangis sambil tersenyum!

2012 : heartbreaks! he left me without any explanation… aku sendiri tak tau daripada mana aku dapat kekuatan untuk terima segala-galanya dengan redha. mama & abah pun boleh menitiskan air mata bila terkenangkan kisah sedih anak sulung diorang ni…sampai bila-bila pun mustahil diorang akan bertanya tentang jodoh aku. jika apa yang jadi kat aku ni adalah satu penzaliman & satu penganiayaan, percayalah bahawa Allah itu Maha Adil...

2012 : i lost my best friend! he is a guy, dah berkawan dengan aku sejak kitorang form 2 lagi. lama kan? masuk MRSM lain-lain, masuk matrik lain-lain tapi masuk U yang sama! dia memang kawan aku yang gila-gila. masa happy aku cari dia, masa sedih lagi la kan..he’s like a big brother to me! tahun 2012 ni dia dapat awek tapi malangnya awek dia jenis yang psiko. long story short, persahabatan ikhlas 13 tahun tu putus macam tu je. sedih, memang sedih!

2012 : angah kahwin!!! ya, mama dapat menantu sulung…tapi bukan daripada anak sulungnya! akhirnya kisah cinta adik aku sampai ke jinjang pelamin. akad nikah, majlis di rumah pengantin perempuan, majlis di rumah kami…segalanya serba-sederhana tapi meriah, memang meriah yang amat!

2012 : aku terpilih untuk membentangkan kertas kajian r&d kat langkawi. kertas kajian tu asalnya idea mentor kesayangan aku, kak wahida. walaupun hanya sekadar kertas kajian asas, tapi aku bersyukur sangat sebab kajian ni diterima untuk dibentangkan pada seminar penyelidikan pendidikan peringkat kebangsaan anjuran bahagian matrikulasi. ramai yang cakap, baru 3 tahun kerja dah dapat pergi peringkat kebangsaan. hohoho…kembang kempis hidung! alhamdulillah ya Allah…thanks a lot kak wahida, zura & aimei. we did it!!

2012 : most of my friend kahwin & dapat anak. yang paling bertuah, dapat suami tahun 2012, dapat anak pun tahun 2012! tahniah kawan-kawan. dua-dua tu aku tak dapat lagi sebab itu adalah takdirNya. aku tak dapat suami lagi, tak dapat anak lagi tapi Allah kan Maha Adil. Allah bagi kereta yang hensem, Allah bagi rumah yang comel untuk aku. alhamdulillah ya Allah di atas limpahan rezekiMu…