Tuesday, March 27, 2012

=21 Mac 2012=

it was a meaningful date! both of my beloved brothers shared two different stories of happiness!

first, shaifuddin @ epu celebrated his 23rd birthday! ini la dia adik nombor 3, the most handsome boy dengan perangai 'kepala hangin' & 'cepat panas'...but i love him, still. semoga panjang umur & dimurahkan rezeki oleh Allah.


second, aiman @ imey celebrated his best SPM results ever! 9A+!!! syukur alhamdulillah. kalau aku ade mase die ambil result tu, mesti aku dah menangis sebab terlalu gembira. ini la dia adik nombor 5, the genius kid dengan perangai yang sangat menurut perintah..'aiman tak kisah'...but i love him, still. semoga terus berjaya di masa akan datang.

syukur ya Allah, family aku dapat 2 kebahagiaan serentak. for both of you, along doakan semoga segala yang terbaik di dunia & di akhirat akan menjadi milik kalian...insyaAllah. =)

Thursday, March 15, 2012

=41. 44. 48=

what a happening week! start daripada last week, hampir semua orang especially my biology seniors were talking about ‘gaji’. syukur alhamdulillah, semua yang memangku DG44 dan DG48 telah sah ke jawatan masing-masing. tangga gaji memang totally berubah la..kalau DG44 lebih kurang dalam RM4000 sebulan, yang DG48 pulak tolak tambah dalam RM6000 sebulan. fuyyyoh! *mintak sini sikit..kihkih* semua nampak gembira dan ceria. yang pasti, macam-macam plan dah ada dalam kepala! ade yang nak bawa family makan angin, ade yang nak beli rumah, ade yang nak keluar daripada kuarters, ade yang nak beli kereta baru..macam-macam! aku tumpang gembira. alhamdulillah bertambah nikmat Allah kepada mereka. aku dan kawan-kawan yang setahun jagung ni, ade jugak berita gembira untuk dikongsi! kami dah sah jawatan DG41. gaji? rahsia..hikhik.

alhamdulillah, semoga kami terus dapat mensyukuri nikmat kurniaan Allah kepada kami. semoga dengan pengesahan jawatan dan peningkatan gaji ni, prestasi kami akan turut sama ade peningkatan. insyaAllah...=)

=family day @ teluk senangin=

hari keluarga unit biologi! 25 & 26 Februari 2012. ini adalah event yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pensyarah unit biologi. as usual, event ni dah lama dah tapi kali ni baru betul-betul free untuk menulis. i’m busy! heavy workload...=(

sebenarnya plan nak buat family day ni dah beberapa kali kena postpone sebab banyak sangat problem...masalah tempat, masalah kos, masalah tarikh, masalah husband tak dapat cuti...macam-macam! dari tahun lepas lagi nak buat family day tapi tak pernah jadi! mula-mula nak buat kat Bukit Merah tapi bila dicongak duit yang nak guna untuk penginapan, makan, jalan-jalan...alamak, kos memang melampau! kami yang bujang ni takpela, duit tak jadi masalah tapi bila difikirkan mereka-mereka yang berkeluarga besar, kesian sangat. lastly, ahli mesyuarat setuju untuk kensel family day kat Bukit Merah. then, ade pulak plan nak buat family day kat Tasik Banding tapi bila difikirkan semula, tempat tu agak keras. most of my seniors ade anak kecik..kesian pulak kat diorang. and for the second time, the plan for having family day had to be cancelled!

tunggu punya tunggu, akhirnya kami sebulat suara memilih untuk buat family day kat Teluk Senangin! bunyi macam jauh je kan...hehe, kat Lumut tu je! ketua unit dah wajibkan semua pensyarah biologi untuk join program ni. kalau tak nak join, wajib buat surat tunjuk sebab!

kitorang konvoi ke Teluk Senangin pada 25 Feb 2012, pukul 11.00 pagi. lunch sama-sama kat Manjung, then tiba kat chalet kitorang di Teluk Senangin pada pukul 2.30 petang. chalet tu sangat sederhana tapi comel! lepas asar terus buat birthday party untuk kanak-kanak. ade 5 biji kek untuk dimakan! sodappp...

after that, we had our sukaneka! games for kids, the father and also the mother were fully organized by us...yang bujang ni la! pukul 6.30 petang dah stop semua games sebab semua nak prepared untuk dinner bersama ketua jabatan malam nanti.

masa dinner, semua pensyarah biologi (together with husband or wife) diwajibkan untuk pakai T-shirt yang ditempah khas oleh unit. kami nampak sedondon! ade barbeku yang disediakan khas oleh pihak chalet. besides that, there were also 3 birthday cakes for our biology lecturers who celebrate their birthday in January, February and March. sambil makan-makan tu, ade sesi penyampaian hadiah untuk baby yang baru lahir. so sweet! lepas semua dah kenyang, ade games lagi. musical chair for kids. sampai nangis-nangis semata-mata nak rebutkan kerusi. comel sangat! then, aku buat request untuk tengok bapak-bapak dan mak-mak main musical chair. surprisingly, semua orang ambil bahagian! sporting yang amat! kelakarnya Allah je yang tahu bila tengok orang tua berebut kerusi, tak kira la versi suami-suami atau versi isteri-isteri. habis je main musical chair tu, actually habis la program malam tapi bapak-bapak buat pulak sesi karaoke. berbakat jugak si suami-suami ni ye. layan habis...semua lagu 90-an diorang goreng!

esoknya, 26 Februari 2012 lepas breakfast je semua dah kena turun ke padang. sukaneka lagi! macam-macam games ade untuk anak-anak, untuk bapak-bapak dan untuk mak-mak. kelakar sangat-sangat bila tengok gelagat diorang. yang dah tua pun lebih kurang perangai macam budak-budak. adoiiii...senak perut dok gelak. sakit rahang pun ye jugak! kitorang berkumpul kat padang dan pantai tu sampai pukul 12 tengahari. alhamdulillah cuaca redup je, tak panas sangat.

selesai je semua games, kitorang balik chalet dan berkemas. lepas lunch, semua bertolak balik. alhamdulillah segalanya sempurna. penginapan ok, makan ok, games pun ok. paling penting semua orang happy dan mengharapkan akan ade family day untuk kali yang seterusnya! yang uniknya, unit biologi ialah satu-satunya unit yang buat family day macam ni! kalau unit lain, family day tu sekadar buat high-tea or dinner kat hotel.

syukur alhamdulillah ya Allah..semoga ikatan ukhwah yang terjalin antara kami, ahli keluarga unit biologi ini akan terus kukuh dan utuh sampai bila-bila. insyaAllah...=)

Thursday, March 1, 2012

=health carnival=

i supposed to write about all this long time ago but seriously i was not in the mood sebab tekanan kerja yang sangat-sangat membebankan!

15 – 17 February 2012, ade program kolaboratif KMPk – MSU. management and science univercity tu sebuah U swasta kat shah alam. karnival kesihatan ni agak besar jugak la sebab everything is sponsored by MSU. aku ni sebenarnya s/u program tapi entah macamane boleh bekerja separuh mati macam aku ni penyelaras program. well, itulah nasib menjadi ‘junior’. aku pulak jenis yang tak reti cakap ‘no’.

honestly, memang habis tenaga aku kerahkan untuk sempurnakan program ni. banyak sangat benda nak kena setel. banyak pengalaman pahit manis yang aku dapat dalam proses untuk melaksanakan karnival ni.

yang pahitnya...kena ‘sound’ dengan senior, hampir setiap hari ade je yang merungut dengan tugas yang aku berikan. akhirnya, aku jugak yang kena setelkan semuanya sendiri. yang pahitnya...seminggu berturut-turut aku balik lewat, pernah sampai pukul 12 malam, paling awal pukul 8 malam. yang pahitnya...aku terpaksa pergi klinik untuk buat pemeriksaan mata, doktor cakap ade infection. tiap-tiap malam balik lambat, aku penat sangat sampai terlupa nak cuci mekap betul-betul. akibatnya, mata aku terkena infection daripada maskara! yang pahitnya...walaupun penat, tidur malam tak pernah lena sebab dalam kepala asyik fikirkan karnival ni. maybe aku terlalu risaukan perjalanan program ni. yang pahitnya...aku dapat rasa blood pressure aku tersangatlah ‘low’ sebab aku cepat sangat pening, cepat sangat penat, dan muka selalu nampak pucat. tahap kesihatan memang di level paling rendah! =(

yang manisnya...hubungan antara kami semua yang ‘junior’ seramai 8 orang ni menjadi sangatlah akrab sebab kami semua ketua jawatankuasa yang ditugaskan untuk menyempurnakan karnival ni. yang manisnya...ketua unit nampak kredibiliti kami yang ‘junior’ ni. ketua unit dah bagitau this carnival will be held annually! yang manisnya...program ni berjalan lancar and almost perfect. syukur alhamdulillah ya Allah! =)

yang pahit jauh lebih banyak daripada yang manis, tapi kalau asyik pikirkan yang pahit tu, sampai bila-bila pun aku tak belajar untuk bersyukur. yang manis tu sebenarnya tersangatlah manis sampai hilang habis segala rasa yang pahit! syukur alhamdulillah. syabas haliza! =)