Thursday, March 15, 2012

=family day @ teluk senangin=

hari keluarga unit biologi! 25 & 26 Februari 2012. ini adalah event yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pensyarah unit biologi. as usual, event ni dah lama dah tapi kali ni baru betul-betul free untuk menulis. i’m busy! heavy workload...=(

sebenarnya plan nak buat family day ni dah beberapa kali kena postpone sebab banyak sangat problem...masalah tempat, masalah kos, masalah tarikh, masalah husband tak dapat cuti...macam-macam! dari tahun lepas lagi nak buat family day tapi tak pernah jadi! mula-mula nak buat kat Bukit Merah tapi bila dicongak duit yang nak guna untuk penginapan, makan, jalan-jalan...alamak, kos memang melampau! kami yang bujang ni takpela, duit tak jadi masalah tapi bila difikirkan mereka-mereka yang berkeluarga besar, kesian sangat. lastly, ahli mesyuarat setuju untuk kensel family day kat Bukit Merah. then, ade pulak plan nak buat family day kat Tasik Banding tapi bila difikirkan semula, tempat tu agak keras. most of my seniors ade anak kecik..kesian pulak kat diorang. and for the second time, the plan for having family day had to be cancelled!

tunggu punya tunggu, akhirnya kami sebulat suara memilih untuk buat family day kat Teluk Senangin! bunyi macam jauh je kan...hehe, kat Lumut tu je! ketua unit dah wajibkan semua pensyarah biologi untuk join program ni. kalau tak nak join, wajib buat surat tunjuk sebab!

kitorang konvoi ke Teluk Senangin pada 25 Feb 2012, pukul 11.00 pagi. lunch sama-sama kat Manjung, then tiba kat chalet kitorang di Teluk Senangin pada pukul 2.30 petang. chalet tu sangat sederhana tapi comel! lepas asar terus buat birthday party untuk kanak-kanak. ade 5 biji kek untuk dimakan! sodappp...

after that, we had our sukaneka! games for kids, the father and also the mother were fully organized by us...yang bujang ni la! pukul 6.30 petang dah stop semua games sebab semua nak prepared untuk dinner bersama ketua jabatan malam nanti.

masa dinner, semua pensyarah biologi (together with husband or wife) diwajibkan untuk pakai T-shirt yang ditempah khas oleh unit. kami nampak sedondon! ade barbeku yang disediakan khas oleh pihak chalet. besides that, there were also 3 birthday cakes for our biology lecturers who celebrate their birthday in January, February and March. sambil makan-makan tu, ade sesi penyampaian hadiah untuk baby yang baru lahir. so sweet! lepas semua dah kenyang, ade games lagi. musical chair for kids. sampai nangis-nangis semata-mata nak rebutkan kerusi. comel sangat! then, aku buat request untuk tengok bapak-bapak dan mak-mak main musical chair. surprisingly, semua orang ambil bahagian! sporting yang amat! kelakarnya Allah je yang tahu bila tengok orang tua berebut kerusi, tak kira la versi suami-suami atau versi isteri-isteri. habis je main musical chair tu, actually habis la program malam tapi bapak-bapak buat pulak sesi karaoke. berbakat jugak si suami-suami ni ye. layan habis...semua lagu 90-an diorang goreng!

esoknya, 26 Februari 2012 lepas breakfast je semua dah kena turun ke padang. sukaneka lagi! macam-macam games ade untuk anak-anak, untuk bapak-bapak dan untuk mak-mak. kelakar sangat-sangat bila tengok gelagat diorang. yang dah tua pun lebih kurang perangai macam budak-budak. adoiiii...senak perut dok gelak. sakit rahang pun ye jugak! kitorang berkumpul kat padang dan pantai tu sampai pukul 12 tengahari. alhamdulillah cuaca redup je, tak panas sangat.

selesai je semua games, kitorang balik chalet dan berkemas. lepas lunch, semua bertolak balik. alhamdulillah segalanya sempurna. penginapan ok, makan ok, games pun ok. paling penting semua orang happy dan mengharapkan akan ade family day untuk kali yang seterusnya! yang uniknya, unit biologi ialah satu-satunya unit yang buat family day macam ni! kalau unit lain, family day tu sekadar buat high-tea or dinner kat hotel.

syukur alhamdulillah ya Allah..semoga ikatan ukhwah yang terjalin antara kami, ahli keluarga unit biologi ini akan terus kukuh dan utuh sampai bila-bila. insyaAllah...=)

No comments:

Post a Comment