Tuesday, October 5, 2010

=lawatan ke UKM, KL=

penat pergi kursus kat penang pun tak abis lagi, tiba-tiba dah kene pergi lawatan ke KL plak...7 Ogos 2010, lawatan kontekstual ke UKM, kampus KL..

pukul 7.30 pagi dah kene kumpul kat kolej...lecturer 8 orang, students 28 orang. perjalanan sgt best sebab semua orang macam excited je...dalam tentatif tulis 1 destinasi je iaitu UKM, KL tapi my ketua unit cakap kalau dapat pegi kampus induk kat Bangi pun ok jugak...waaahhhhh, UKM Bangi yang ku rindui..!!! kami telah berusaha sedaya-upaya
**exaggerated** memujuk pakcik driver supaya dia bawak kitorang ke Bangi..akhirnya, berjaya!!

sangat teruja bila dapat jejakkan kaki ke UKM..tambah lagi mase tu musim pesta konvo..memang meriah kat DECTAR dan Dataran Gemilang...ramai jugak ex-students KMPk yang datang tegur dan bersalam dengan kitorang
**walaupun sebenarnya kami tak ingat langsung muka diorang**..maybe students sains fizikal..

dulu mase study, aku tak pernah miss pesta konvo..wajib pergi tiap-tiap tahun..ni kira tahun ke-5 aku di pesta konvo UKM...i really miss all the memories here because life after study
**working life** is not enjoyable at all...=(

lepas zohor, terus gerak ke UKM, KL..kat situ, kitorang melawat muzium anatomi dan makmal bedah...dalam muzium anatomi, macam biasa la..ade segala organ badan manusia dari hujung rambut sampai hujung kaki.. the most exciting part is bila dapat masuk dewan bedah...for the first time in my life, aku dapat tengok macamana mayat diawet..segala proses mengawet diterangkan dengan detail oleh petugas kat situ..best, new experience untuk orang macam aku yang tak tau ape-ape pasal pengawetan mayat..

pukul 6 bertolak balik ke KMPk, tambah dengan trafik jem kat bandar KL tu, akhirnya kitorang sampai kat matriks pukul 10 lebih..penat memang penat tapi sangat berbaloi..syukur alhamdulillah sebab diberi peluang untuk ikut sama dalam lawatan ni...=)

No comments:

Post a Comment