Friday, April 27, 2012

=26 years old @ 27 april 2012=



alhamdulillah, birthday saya yang ke-26 jatuh pada hari jumaat! syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas hingga ke usia yang ke 26. terlalu banyak kenangan pahit & manis sepanjang 26 tahun saya di bumi Allah ni. 

dilahirkan di HUSM pada pukul 2.35 petang, 27 april 1986, saya membesar sebagai kanak-kanak perempuan yang sangat chubby & nakal! tahun demi tahun, saya terus membesar dan menjadi gadis ‘tomboy’ yang ‘brutal’ sebab hidup saya dikelilingi adik lelaki, hanya lelaki! rambut saya pendek, main bola sepak, lumba basikal, panjat pokok dan macam-macam lagi yang budak lelaki buat, saya pasti buat! tahun demi tahun, saya terus membesar sebagai seorang perempuan yang berdikari, sangat berdikari sebab abah saya sangat tegas & tak pernah manjakan saya. mama pulak adalah seorang yang sangat sporting & understanding. semakin saya dewasa, semakin saya faham cara abah & mama membesarkan saya telah membentuk siapa saya pada hari ni.

saya perempuan yang berdikari, sangat berdikari! abah besarkan saya macam anak lelaki dia yang lain. selagi saya boleh buat, dia akan paksa saya buat sampai dapat. abah mengajar saya, selagi saya boleh buat sendiri, jangan sesekali cuba menyusahkan orang. seboleh mungkin, selesaikan sendiri setiap masalah yang timbul! di sebalik ketegasan abah, mama selalu bagitau, saya adalah anak kesayangan abah & abah sayangkan saya lebih daripada mama sayangkan saya. alhamdulillah, sekarang saya faham, “action speaks louder than words”. mungkin abah tak pernah luahkan sayang dia pada saya tapi segala perbuatan dia yang sentiasa melindungi saya adalah bukti yang dia sangat sayangkan saya! 

saya perempuan yang kaku, pemalu dan tak reti nak bermanja dengan lelaki. betul! mama selalu berpesan supaya saya sentiasa jaga kehormatan diri. bagi saya, kehormatan diri seorang perempuan adalah sifat malu yang ada padanya. hilang sifat malu, maka hilanglah kehormatan & maruah dirinya! syurga saya di bawah tapak kaki mama, sebab itu saya tidak akan sesekali melanggar pesanan mama. saya pernah berjanji dengan mama bahawa sifat manja saya, sifat ‘caring’ saya, sifat ‘tidak kaku’ saya, sifat lembut menggoda saya, sifat patuh saya...segala-galanya yang terbaik daripada saya hanyalah untuk lelaki yang bergelar suami saya. hanya untuk dia & dia itu adalah suami saya! 

pada usia saya yang genap 26 tahun hari ini, saya masih sendiri & masih menunggu jodoh yang ditentukan oleh Allah untuk saya. sesungguhnya walau siapa pun dia, jika dia adalah lelaki itu, lelaki yang ditakdirkan Allah untuk menjadi suami saya, dia adalah lelaki yang boleh memahami kenapa saya jarang sekali meminta pertolongan dia sebelum dia betul-betul menjadi suami yang boleh saya jadikan tempat berlindung & bergantung. dia tentu faham kenapa saya selalu selesaikan sendiri segala masalah saya. dia juga mesti boleh menerima diri saya yang sangat kaku dan sangat tak pandai nak bermanja dengan dia selagi belum terlafaz akad yang menjadikan diri saya sah milik dia. 

siapa pun dia, awal-awal lagi saya nak mintak maaf sebab mustahil saya akan terliuk-lentok bermanja dan menggoda dia selagi belum tertunai ijab dan kabul antara saya dan dia. saya cuma mampu berdoa agar dia dapat menerima saya seadanya kerana inilah saya, apa adanya. insyaAllah, jika saya untuk dia, saya pasti akan jadi milik dia & jika saya bukan untuk dia, maka saya pasti bukan yang terbaik untuk dia. Allah Maha Mengetahui...=)

No comments:

Post a Comment