Saturday, April 7, 2012

=rain=

27 Mac 2012, kereta yang aku tempah dah sampai kat showroom di kelantan! alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi di atas satu lagi kurniaan rezekiNya kepada aku. i am totally happy. penantian selama hampir 10 bulan akhirnya tamat!

salah satu impian aku, ingin memiliki kereta sendiri. and the most important thing is, my first car should be my dream car! 2 tahun aku kumpul duit, alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku beli kereta idaman! pelbagai dugaan aku tempuh selama dalam tempoh untuk nak dapatkan kereta ni. mungkin inilah hadiah bagi sebuah kesabaran. =)

kenapa aku kena tunggu sampai 10 bulan? hikhikhik...panjang ceritanya! mula-mula aku tempah kaler crystal black pearl tapi last minute, terlalu last minute aku tukar kepada kaler polish metal metallic. ejen tu dah warning, kalau aku reject kaler hitam tu memang kompem aku punya turn akan jadi sangat lambat. aku pasrah! actually, my best friend yang nasihatkan supaya tukar kaler sebab kaler hitam agak bahaya kalau aku bawak drive malam. driver lain tak nampak, dah la aku ni kecik je..tambah la orang tak nampak! i think he is totally right. and now, i am insanely admire this polish metal metallic! chantekkkk! thank u so much my best friend! =)

its name is RAIN. kenapa rain? nothing much to describe. first, rain tu maknanya hujan, kan? hujan adalah satu rahmat. semoga hidupku sentiasa dilimpahi rahmat Allah hingga ke akhir hayat. second, aku suka main hujan. suka sangat. pastu kena demam selsema *padan muka..hee*. third, aku minat sangat dengan pelakon/penyanyi korea yang nama rain. hohoho. =p

yang pasti, bila terpandang kereta tu..hati ni terdetik, itu adalah satu lagi anugerah Allah kepada aku. begitu banyak limpahan rezeki yang Allah bagi kat aku, aku kena bersyukur. wajib bersyukur! semoga dengan rezeki yang ada ini tidak menjadikan aku manusia yang sombong, tetapi menjadikan aku lebih bersyukur dan merendah diri. insyaAllah. =)

No comments:

Post a Comment