Saturday, January 29, 2011

=the beginning of 2011=

starting from 1 January 2011, my duty as lecturer continues as usual and surprisingly, my working life a.k.a my anniversary at KMPk dah genap setahun on 4th of January 2011....=)

10 January, my students had their mid-semester examination. soalan senang sangat-sangat! kalau tak dapat A tu, tak tau la nak cakap ape...=(. then on 14th of January, we had our mid-semester holiday. a week of blast holiday! memang best bile dapat cuti lame macam ni..walaupun kene bawa balik 3 set exam papers untuk ditanda! cuti kali ni, macam biasa la..i tested my cooking skills. alhamdulillah..=)

24 January, back to work...with full of workloads. aku dah mula kene ajar lecture! dapat kuliah besar pulak tu...students almost 170 orang! berdebar sakan mase first day masuk dewan kuliah tu. bile dah dapat tanggungjawab ajar lecture, kene la sentiasa study sebab setiap tajuk mesti on track..furthermore, ape yang diajar dalam lecture tu ialah students punya prior knowlegde. tak boleh laju sangat & tak boleh lambat sangat. everything must follow the schedule! kalau laju, takut students tak paham. kalau slow pulak takut tak sempat habis silibus.

minggu pertama masuk kerja ni jugak lah minggu untuk buat cross-check markah mid-sem exam dan kene masukkan markah dalam sistem. jadual baru pun nak kene key-in dalam minggu ni. tu tak masuk lagi kene buat lesson plan untuk lecture! banyak sangat kerja nak kene siapkan. buktinya, tiap-tiap hari aku balik rumah pukul 6 petang. **penat yang amat**.

setahun kerja kat sini, sekarang baru betul-betul rase diri ni seorang lecturer. setakat ni, i think i have a very beautiful moment at KMPk. alhamdulillah, now i can totally adapt with my work place and i will try my best to become a good lecturer. insyaAllah...=)

Thursday, December 30, 2010

=sayonara 2010=

2010??? there were too many things happened to me!

first of all, dan jugak yang paling baru bagi aku ialah my working life! 4 januari 2010 aku mula bertugas sebagai pensyarah biologi kat kolej matriks perak. tak pernah terlintas pulak untuk mengajar kat matriks!! there were too many differences between teaching at school and teching at matrics. how would i know? kan dulu aku buat praktikal kat sekolah...banyak bezanya. ragam budak-budak matriks ni lain ceritanya dengan ragam budak-budak sekolah. banyak-banyak benda, yang sama satu je. tugas utama pensyarah matriks & cikgu sekolah ialah mendidik anak-anak bangsa!! kerjaya macam ni, kene banyak sabar! lagipun, senang cerita, kerja ape yang tak mencabar, kan? setahun kat sini, i will try my best to adapt with everything. pro & kontra tu aku terima dengan positif..

then, another exciting part in my 2010 life is, my love life! semoga Allah memberkati hubungan kami hingga terbinanya ikatan yang sah antara kami. insyaAllah..

what about wish list for 2011 pulak?? here there are..make sure semuanya tertunai ye miss haliza..
- nak kumpul duit banyak-banyak...**bukan untuk KAHWIN okay..tapi kalau ade yang masuk meminang, aku ON jerr...hahahaha**
- kerja dengan lebih bersemangat! **baru la ketua unit tak bising, SKT pun tinggi**
- enjoy zaman bujang with my girls!! **jom jalan-jalan & shopping sane-sini**

anyway, i really hope 2011 will bring more luck and happiness to me. yang pasti, the brightest future will always be based on a forgotten past, you can’t go on well in life until you let go your past failure and heartaches. so, ape saja baik buruk, suka duka 2010 sudah berlalu. yang manis jadikan kenangan, yang pahit jadikan pengajaran! wish you happy new year 2011 everyone!! =)

Monday, December 6, 2010

=my students' result, 4.0 flat??=

30 november yg lepas, result PSPM 1 batch 2010/2010 baru je diumumkan. alhamdulillah, jumlah budak-budak yang dapat 4.0 flat kali ni twice compare to last batch.

despite of that happiness, terlintas jugak dalam hati aku.."betul ke dorang layak dapat 4.0 flat??". i don't mean to underestimate them but the truth is, i know about their performance in class. even all the lecturers yang pergi marking paper PSPM pun macam tak percaya dengan result budak-budak ni. bayangkanlah masa marking tu, dalam 100 skrip hanya ade 2, 3 orang je yang dapat A untuk biologi. suddenly, bila dah keluar result, hampir 70% students dapat A untuk biologi. unbelievable!

then, i know that graf markah untuk subjek biologi turun sangat-sangat. **aku rase subjek lain pun same je turunnye!**. even dapat 60 pun dah boleh A. dasyat betul..!!

not only me yang rasa pelik, but all the biology lecturers pun feel the same! bukan ape, these students are going to further their studies in university. kat situ la baru dorang tahu the truth about studying! tambah lagi yang berangan nak ambil kos perubatan. for those who scored 4.0 flat, does medicine really suit them?

anyway, i think maybe there's problem with our education system. nak tau tidak, kita kena terima hakikat. i'm just afraid someday people might think students from matriculation are not qualified at all...and as usual, their lecturers jugak yang akan dipersalahkan...=(

Sunday, November 14, 2010

=new semester 2 batch 2010/2011=

semester baru dah masuk minggu pertama. alhamdulillah segalanya berjalan lancar. jadual aku untuk semester ni cun sangat-sangat sebab banyak kelas pagi. kelas pun banyak abis sampai pukul 10 je. lepas pukul 10 dah boleh rehat di kubikel...thanks to kak zurin as our AJK Jadual Waktu.

hari isnin, aku ade lab. dua-dua kene jadi demonstrator. satu kelas dengan kak erny julia dan satu kelas lagi dengan wani. kedua-duanya ade keistimewaan tersendiri. dalam kelas dengan kak ju, aku menjadi demonstrator yang baik sebab kak ju agak garang dengan student dan dia sangat mementingkan disiplin. dalam kelas dengan wani pulak, aku tak perlu explain banyak benda sebab students dah pernah kenal aku and they already knew the rules and regulation. lagipun, this is my lab class for last semester. of coz la they knew me! so, senang la sikit nak handle kelas tu.

hari selasa, aku ade lab lagi. kali ni jadi lecturer and my demonstrator is my beloved ketua unit, encik wan. **beloved ke???** nak handle kelas ni lagi la senang sebab students tahu yang encik wan tu garang, jadi dorang pun dengan sendirinya behave themselves. nothing much to explain about rules and regulation to them.

rabu, khamis dan jumaat aku ade kelas tutorial. sehari satu kelas je. **gile best**. alhamdulillah, setakat ni students' performance dalam kelas still ok. tak ade yang buat hal di minggu pertama. jadi, cikgu die ni pun tak ade la nak mengamuk dalam kelas. syukurla. semoga berkekalan perangai baik budak-budak ni.

jumaat tu sepatutnya ade kelas tapi kelas semua dibatalkan sebab students ade MUET exam. actually, tiga aktiviti berlaku serentak on that Friday. ade forum pembentangan kertas penyelidikan, ade majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan ade MUET exam. hebatnye kolej ni..**tapi tak sistematik la buat banyak majlis serentak**. aku kene attend majlis anugerah tu kat dewan sebab kene perform koir. dah lama tak nyanyi koir, nervous macam nak pengsan! **walaupun dulu aku ni bawah kumpulan koir UKM!!**

permulaan semester yang sangat menggembirakan. semoga segalanya kekal menggembirakan! insyaAllah...=)

Thursday, October 28, 2010

=my very very bad experience=

27 Oktober 2010...lebih kurang pukul 10 pagi, bertolak balik ke kelantan. Konvoi 3 buah kereta. Perjalanan yang sangat membosankan sebab tak ade teman untuk borak dalam kereta. Lalu ikut Gerik. Aku tak begitu familiar **and actually aku tak suka sangat dengan jalan ni** tapi nak buat macamane sebab aku terpaksa ikut suara majoriti. Aku lebih suka ikut laluan Cameron Highland-Gua Musang.

Unfortunately, bila dah lepas sempadan Gerik-Jeli, aku accident!! I don’t really know what happened, tau je kereta aku dah ade dalam longkang tepi jalan. Bila aku flashback apa yang terjadi, masa sampai kat selekoh tu kereta aku lost control, berpusing 2 kali dan terus masuk dalam longkang sebelah kanan jalan. Mase tu hujan dan semua orang yang kenal aku tahu aku takut drive bila hujan, so memang sangat tak mungkin kereta aku terbabas sebab aku memecut laju! Sejam jugak la aku stuck kat situ, kereta aku ditarik naik oleh pakcik-pakcik driver lori yang kebetulan berhenti rehat kat kawasan berdekatan. Yang paling menghairankan semua orang, aku tak luka langsung dan kereta aku langsung tak kemek **calar sket je kat bahagian depan dan tepi kereta tapi kalau tak tilik betul-betul, tak nampak pun calar tu**.

Masa kereta aku terbabas tu, aku terus keluar dari kereta dan berdiri kat tepi jalan dalam keadaan menggigil, menangis dan muka yang sangat pucat. Masa tu aku hanya terbayangkan mama dengan abah je. Aku bersyukur sangat sebab kawan aku ade dengan aku **ana dah drive sampai ke bandar Jeli tapi die patah balik untuk temankan dan tenangkan aku**.

Bila semuanya dah setel, i continued driving from Jeli to my house. Dalam kereta tu aku menangis tak henti sebab aku bersyukur sangat-sangat sebab aku masih diberi peluang untuk berjumpa family aku. I safely reached home at 4.20 pm. I told my parents about what happened but they just smile and said, “the most important thing is, along selamat..we don’t care about the car as long as u’re safe”.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih diberi peluang untuk meneruskan hidup..syukur alhamdulillah ya Allah...=)