Wednesday, December 21, 2011

=my real treasure=

Actually i supposed to write about all this on 18th of December! I went to Popular book fair at Ipoh Parade. The best moment ever sebab dapat beli buku-buku yang sangat berguna! I bought 4 books, honestly tak ade la banyak sangat but i was very satisfied. Sebenarnya dah lama berniat nak beli buku-buku ni tapi kewangan tak mengizinkan...heee

Buku ape yang aku beli???

1. Himpunan Solat-solat Sunat : Panduan lengkap solat sunat. Sebelum ni memang pernah buat solat sunat tapi mungkin ada kekhilafan yang aku sendiri tak sedar. Sengaja beli untuk dijadikan koleksi, juga sebagai panduan untuk masa sekarang dan masa akan datang.

2. Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul : Buku ni memang dah lama aku cari. Selalu je sold out! Sangat excited bila dapat beli! Actually, my best fren, rosma pun ada buku ni tapi i refuse to borrow because i want my own! Aku minat dengan ustazah fatimah syarha, penulis buku ni.

3. Apabila Hati Rindu Menikah : This book educates us about all the reasons why we have to get married. Islam menganjurkan umatnya supaya berkahwin kerana “bernikah mengurangi dosa dan maksiat, bernikah menyatukan bahagia dan nikmat”. Sesiapa yang menganggap perkahwinan adalah satu beban, baik cepat-cepat mengucap kerana anda mungkin sudah melanggar perintah Allah dan Rasul-Nya.

4. Cinta : Meraikan Kasih Di Langit Syurga (kompilasi “Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah s.a.w”, “Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah s.a.w., dan “Semurni Kasih Adam Seutuh Kasih Hawa”). : Aku pernah pinjam buku “Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah s.a.w” from my best fren, rosma. Dah lama dah khatam buku tu. Sangat best! Masa kat book fair, bila terjumpa this special edition, langsung tak fikir apa dah. This is a ‘must buy’ book!

Kenape buku-buku macam ni yang aku beli??? Pernah aku terdengar “nak jadi perempuan yang baik, isteri yang baik, isteri solehah ni bukannya boleh belajar daripada buku!”. Itu ayat-ayat sinis daripada kawan lelaki tempat kerja la tu. Sabarlah wahai hati..

Honestly, tak kisah pun dengan pandangan macam tu because everyone has their own opinion. Terpulang pada diri masing-masing. But for me, at least i try my best untuk mencari bahan bacaan terbaik untuk memotivasikan diri ke arah yang lebih baik. Daripada aku mengadap majalah URTV ke, Mangga ke, novel cinta Ombak Rindu ke...better aku layan “Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul”.

What say u?? =)



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

2 comments:

  1. Assalamualaikum

    Terima kasih kerana sudi membaca buku Cinta Meraikan Kasih di Langit Syurga. Sekiranya ada ilmu yang bermanfaat, bebas sahaja uar uarkan di blog dan facebook. Mohon doa daripada Cik Puan yang doanya dirindui para malaikat untuk diaminkan di langit agar kami terus berkarya dan menghasilkan buku-buku yang bermanfaat.

    ZAMRI MOHAMAD
    Facebook.com/penulisbuku

    ReplyDelete
  2. semoga saudara dan sahabat penulis yg lain teruskan usaha utk m'hasilkan karya yg hebat. insyaAllah doa sy akan sentiasa mengiringi perjuangan kalian..=)

    ReplyDelete