Friday, December 30, 2011

=himpunan solat-solat sunat=

i bought 4 books and this is the first book yg aku khatam. yang lain nak kene ambil giliran masing-masing. honestly, weekdays memang tak boleh nak fokus untuk membaca. balik keje lewat, lepas isyak je aku dah black-out! how can i do reading?

aku saje nak share about the knowledge yang aku dapat daripada buku ni. this book is quiet detail and interesting! maybe kita pernah buat istikharah, but do we really follow all these 9 procedures? i bet you (maybe) do not know about all these procedures! kaedah menunaikan solat istikharah:-

** dilaksanakan ketika hampir tidur di waktu malam.

** dilaksanakan sebanyak 2 rakaat dengan 1 salam.

** selepas melakukan solat ini dilarang berbual-bual atau berkata-kata.

** sebelum tidur hendaklah membaca 3 qul (surah al-ikhlas, al-falaq dan an-nas).

** baca ayat qursi untuk menghindarkan gangguan syaitan di dalam mimpi.

** tidur dalam keadaan mengiring ke sebelah kanan (tidur sunnah) supaya tidak diganggu syaitan.

** tidur dalam keadaan berwudhuk.

** bila sudah bermimpi malam ketiga (contohnya), teruskan bersolat kerana mungkin akan mendapat jawapan yang lebih tepat pada malam seterusnya.

** gerak hati adalah jawapan yang lebih tepat berbanding mimpi. (namun, gerak hati yang tepat adalah bila hati dalam keadaan yang bersih. nak bersihkan hati, buatlah solat sunat taubat terlebih dahulu!)

frens, these are my suggestions! kalau tak nak buat solat sunat yang lain, at least buat la yang empat ni.

= solat sunat hajat : dilakukan ketika mempunyai hajat dan berharap agar hajat mereka dipenuhi dan diperkenankan allah.

= solat sunat istikharah : dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang dia sendiri tidak dapat pastikan. istikharah bermaksud meminta pilihan daripada Allah.

= solat sunat tahajjud : dilakukan ketika manusia lain sedang tidur semata-mata ingin bermunajat kepada Allah dan mengharapkan pengampunanNya.

= solat sunat taubat : dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah, boleh dilakukan pada bila-bila masa apabila seseorang itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah.

why these 4?

sebab manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang tidak pernah lepas daripada keinginan, impian dan hajat yang dingini. jadi, berhajatlah! sebab manusia sentiasa perlu memilih yang terbaik . life is all about choosing. jadi, beristikharahlah! sebab manusia adalah makhluk Allah yang tidak dapat lari daripada melakukan dosa, sama ada dosa kecil atau besar. jadi, bertahajjudlah dan bertaubatlah!

renung-renungkan dan selamat beramal...=)

No comments:

Post a Comment