Sunday, January 1, 2012

=new year 2012=

when the brand new year comes, everyone will busy asking and talking about ‘azam’. azam 2011 tertunai ke? ape pulak azam 2012? soalan-soalan yang ‘klise’ tu akan kedengaran, year by year!

what about me? alhamdulillah, 3 azam untuk tahun 2011 semuanya tertunai. nak kumpul duit banyak-banyak, nak keje dengan lebih bersemangat & nak enjoy zaman bujang with my girls. alhamdulillah, Allah gave me the opportunities to fulfill all my wishes. syukur ke hadrat Ilahi.

azam tahun 2012? ade satu je azam aku untuk tahun 2012. aku berniat untuk kahwin. sounds weird, right? and some might think that i’m “gediks”. whatever! like i care. =p

perkahwinan adalah suatu perkara yang teramat mulia. segala-gala di dalamnya adalah ibadah dan pahala. perkahwinan ialah medan memberi yang paling mulia. kenapa hanya memberi? kenapa bukan memberi dan menerima? kenapa bukan hanya menerima? suatu ketika dulu aku pernah terfikir, there must be ‘give and take’, right? kalau tak ade ‘give and take’, camne nak bahagia? itu adalah pendapat aku, aku yang pada ketika itu sangat cetek pengetahuan tentang tuntutan islam, tentang perkahwinan. sekarang, aku sedar...alhamdulillah. sebenarnya, bila kita memberi dengan penuh keikhlasan, sedikit pun kita tidak akan terfikir untuk menerima kerana kita pasti menerima sesuatu daripada Allah. ganjaran daripada Allah itu sudah pasti ada! itu janji-Nya.

i will be 26-year-old bachelor in 2012. honestly, sebelum ni pun memang dah target nak kahwin sebelum umur 27. hopefully i can fulfill my dream even though i am still single. frankly speaking, i have a very wonderful career, i have a very loving and understanding mama and abah, i have a very happening siblings, i have a very supportive and helpful best friends and i will have my beautiful dream car this coming march. alhamdulillah, syukur alhamdulillah ya Allah... but the one and only thing missing in my life is a leader, so called husband. it is not that i’m not being grateful for what i already had in my life, tapi perkahwinan menyempurnakan separuh daripada iman kita, kan? furthermore, aku bukannya budak sekolah umur 18, 19 tahun yang tergedik-gedik nak cari boyfriend, nak bercinta. that’s so not me! i’m not looking for a boyfrined but i’m looking for a husband to love me, to take care of me, and most of all, to guide me. plus, i know that my mama and abah truly want me to get married. they never told me that but i’m their daughter. i know them better!

calon camne yang aku nak? of course la yang muka macam aaron aziz! hakhakhak. just kidding! i know that i’m not perfect, yes, i’m not perfect! aku hanya mengharapkan seorang lelaki yang boleh memimpin aku dari segala segi. insyaAllah aku janji untuk cuba membimbing diri aku sendiri untuk memudahkan tanggungjawabnya ke atas aku. lelaki itu diharap boleh melenturkan aku...lelaki itu...TEGURANNYA TEPAT, RINGKAS TAPI BERASAS, PEDAS TAPI JUJUR, PANAS TAPI IKHLAS, BERAPI TAPI BERALAS. that’s my leader! that my dream guy! that’s my ‘imam muda’!

semoga Allah menemukan aku dengan lelaki yang soleh untuk memimpin aku ke akhirat. semoga Allah mempercepatkan jodohku. apa sahaja ketentuan-Nya, sudah pasti itu yang terbaik untukku kerana Allah Maha Mengetahui...=)

No comments:

Post a Comment