Monday, January 2, 2012

=aku terima nikahnya=




edisi istimewa “Aku Terima Nikahnya" – kompilasi ‘Aku Terima Nikahnya’, ‘Bercinta Sampai ke Syurga’, dan ‘Murabbi Cinta’. buku yang paling aku inginkan! pernah aku berniat nak jadikan buku ni sebagai salah satu pelengkap dulang hantaran semasa kahwin. jodoh itu ketentuan Allah, dan jodohku nyata masih jauh..

buku ni housemate aku pinjam daripada kawan dia. tup, tup..aku yang baca dulu. =p. she’s so busy with her wedding preparation, will she be able to spend her time to read that 562-pages book?? i don’t think so..=p. ummi atiah mohamad, jangan marah ye dik...love u!

i am now already finished the first part of this book, from page 1 until page 162 in 3 days. dah habis part 1 - ‘Aku Terima Nikahnya’! banyak sangat knowledge yang aku dapat daripada buku ni. berbaloi habiskan masa dengan membacanya! 3 hari aku tidur lewat, khusyuk membaca! here they are the advices, the quotes, the knowledge which i deadly want to share with you. semuanya tertulis dalam buku ni. aku cuma menyampaikan apa yang ditulis oleh ustaz hasrizal abdul jamil.

“edisi istimewa : aku terima nikahnya. calon pencinta menjadikannya sebagai persediaan. pencinta semasa mengambilnya sebagai perencah rasa. pencinta semalam bercermin diri menjadikannya sebagai renungan”

*** “terimalah seseorang, seadanya. kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai

*** “saya berumahtangga bukan untuk menerima, tapi saya berumahtangga kerana mahu memberi. memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan”

*** “jangan biarkan diri kita dipandu emosi semata-mata. jika pasangan lelaki/perempuan sudah baik agamanya, atau yang paling utama, sedia dididik dan mahu belajar, maka terimalah dia seadanya”

*** “maka pilihlah yang memiliki agama, nescaya sejahtera hidupmu”- dia mungkin sesiapa sahaja tapi yang pasti dia sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan – dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar – she is teachable.

*** “you complete me – itulah realiti hubungan antara suami dan isteri – meraikan perbezaan

*** “anak-anak jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. namun seorang ibu dan ayah mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya kerana cinta mereka adalah CINTA TANPA SYARAT

*** “orang yang baik-baik memang sakit bersalin tapi senang melepaskan nyawa apabila nak mati. perempuan zina memang cukup mudah semasa bersalin tetapi ketika nazak, hanya Allah yang tahu seksanya nyawa nak lepas. nauzubillah”

*** “anak derhaka pada akhir zaman bermula dengan dosa ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja

*** “pendidikan anak-anak bermula dengan memilih ibu yang baik untuk mereka”

*** “kita tidak menilai kebaikan pada kebaikan itu sendiri dengan iman, ilmu dan akal kurniaan Allah. sebaliknya kita suka melihat peribadi. inilah pemikiran songsang yang sering menghukum dengan cara yang berbeza

*** “tidak masuk syurga sesiapa yang di dalam hatinya ada sebesar zarah sekali pun sifat ego

*** “bukanlah kuat dan tegas itu pada kuat pertarungan. tetapi kuat dan tegas yang sebenar ialah pada keupayaan seseorang itu mengawal dirinya ketika marah

*** “syukurlah isteri saya kuat dan penyabar. setiap hari saya memperbaharui syukur saya kepada Allah kerana mengahwininya”

*** “erti hidup pada memberi. dan memberi mesti dengan kasih sayang. tanpa kasih sayang, memberi adalah beban dan benci”

*** “kerana tuntutan persaudaraan dan kasih sayang, maka hiduplah di dunia dengan memberi. demi akhirat negeri menerima yang kekal abadi”

*** “jika mahu berkahwin, jangan hanya merancang pelamin. masukkan sekali urusan lampin. kerana rumahtangga bukan utopia cloud nine. ia adalah kombinasi suka dan duka. namun dalam duka tetap ada bahagia, itulah nikmat hidup berumahtangga. medan memberi paling mulia!”

renung-renungkan, dan selamat beramal. =)

No comments:

Post a Comment