Tuesday, February 7, 2012

=bercinta sampai ke syurga=




mesti ade yang terkejut bile tengok tajuk ni...kan? itu bukan tajuk yang sengaja aku reka. actually this is the second part of special edition “Aku Terima Nikahnya”. dah lame dah aku khatam bahagian kedua buku ni tapi sangat takde mase sampai terlupa nak update kat sini.

bahagian kedua “Aku Terima Nikahnya” banyak memberi keinsafan kepada aku. setiap bab yang aku baca, sangat menyentuh perasaan. and, whatever written here are something special that I deadly wanted to share with you. semoga segala pesanan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang terkandung dalam “Bercinta Sampai Syurga” dapat kita manfaatkan bersama.

*** agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita. kerana kita manusia yang lupa bahawa kita semua adalah HAMBA. status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji. lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita. daripada seorang hamba yang kurang baik kepada hamba yang lebih baik. namun, masih seorang HAMBA.

*** HAMBA mesti sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki. HAMBA mesti sentiasa sedar dirinya layak diuji. HAMBA mesti sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.

*** manusia lain mungkin boleh memaafkan, tetapi maafnya sukar menambah kasih. tetapi tidak Allah. keampunan akan disusuli dengan kasih sayangNya. tiada makhluk yang mampu mengambil acuan itu kecuali seorang ibu. hanya seorang ibu yang Allah limpahkan dengan sifat kemaafan tanpa syarat, kemaafan yang seterusnya menambah lagi sayang kepada anaknya itu.

*** rupa-rupanya deru alur dan tiupan angin yang nyaman itu adalah tasbih zikrullah. rupa-rupanya titis hujan dan cengkerik malam itu adalah tasbih zikrullah. rupa-rupanya kokok ayam dan sahutan katak di paya itu adalah tasbih zikrullah. kerana itu, biar siapa pun kamu dan apa pun agama kamu, tiada manusia yang tidak tenang apabila mendengar bunyi alam.

*** apabila berlaku sesuatu pertengkaran, pisahkan antara MARAH dan BENCI kerana marah itu adalah luahan rasa tidak puas hati dengan mengharapkan perubahan manakala benci pula adalah luahan rasa tidak puas hati tanpa mengharapkan perubahan. untuk dibezakan antara keduanya, kembalilah kita dengan menyoal diri, kita bertengkar untuk MARAH atau BENCI?

*** cinta itu krisis besar dalam masyarakat hari ini. sama ada ia racun yang menggilakan kewarasan, atau ubat kepada si gila untuk kembali waras.

*** perempuan sering tidak rasional semasa membuat bising. lelaki pula sering tidak rasional semasa mendiamkan diri. maka, belajarlah untuk mengurangkan kebisingan wahai sang isteri dan belajarlah untuk bersuara wahai sang suami!

*** tidak mungkin syurga di akhirat menjadi habuan kita, andai dunia bersalut neraka. berjuanglah berbekalkan takwa untuk mengharungi epilog sebuah cinta, hingga terkecap syurga dunia. bercintalah sampai syurga, wahai dua insan bercinta!

renung-renungkan dan selamat beramal...=)

No comments:

Post a Comment