Wednesday, February 22, 2012

=jangan bersedih=


30 November 2011, something really bad had happened. takdir Allah dah tentukan semuanya terjadi. aku sedih, bertambah sedih bila terkenangkan family. T_T

my best fren, rosma gave me this book. she told me to read this book in order to help me, in my 'recovery’ process. ya Allah...sesungguhnya dugaan ini terlalu hebat untuk aku tanggung.

*** kita harus menumpahkan semua permasalahan ke pangkuanNya. kita harus duduk bersimpuh di depan pintu gerbangNya sambil memohon, menangis merendahkan diri dan meminta ampunanNya. dan kemudian, tunggulah! kerana pada saatnya nanti akan datang pertolongan, bantuan dan kemudahan yang bersumber dariNya.

*** bersabarlah! akan tetapi ketahuilah bahawa anda tidak akan mampu bersikap sabar, kecuali dengan pertolongan dan taufiq dari Allah.

*** kesengsaraan itu penuh hikmah! ketulusan sebuah doa muncul tatkala kesakitan yang perit dan ketulusan tasbih yang sentiasa terucap datang dari hati yang sakit.

*** jangan bersedih dan gelisah apabila kebaikan yang anda curahkan kepada orang lain justeru dibalas dengan celaan, atau tatkala ‘tangan putih’ yang anda hulurkan dibalas dengan tamparan yang menyakitkan dan tidak menghargai kebaikan yang telah anda berikan.

*** “Allah tidak menetapkan qadha’ bagi seorang hambaNya, kecuali qada’ itu baik baginya”

*** “tidaklah seorang mukmin ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri sekali pun melainkan dengan semua itu Allah akan menghapus dosa-dosanya”.

*** janganlah hanya kerana satu aib tersembunyi atau dosa kecil yang sebenarnya dapat ditutupi oleh kebaikannya yang lebih banyak, anda menjadi jauh dari seseorang yang pernah anda puji latar belakangnya, yang pernah anda terima kehidupannya, dan yang pernah anda ketahui kemuliaannya. sesungguhnya engkau selamanya tidak akan mendapatkan teman yang bersih tanpa kelemahan. oleh itu, cerminlah pada dirimu sesudahnya.

*** tanda-tanda ketauhidan: 1) memaafkan : jangan menyakiti orang yang menyakiti anda, maafkanlah semua kesalahannya, dan balaslah kejahatannya dengan kebaikan. 2) keyakinan terhadap qadha’ : anda harus menyedari bahawa ia tidak akan menyakiti melainkan itu adalah qadha’ dan qadar Allah. 3) penghapusan dosa : anda harus menyedari bahawa kejahatan yang dilakukan orang lain terhadap diri anda adalah sebagai penebus dosa, pelebur kekhilafan dan sebagai peninggi darjat anda. 4) munculnya kesedaran terhadap kekurangan diri anda : anda menyedari bahawa segala perkara yang menyakitkan anda, tidak mungkin ditimpakan pada diri anda melainkan akibat dari dosa yang telah anda lakukan.

semoga hati aku terus sabar, sabar, dan sabar...aku tak janji yang air mata ni akan berhenti mengalir, but i will try my best to be happy, to be strong, and to smile again...T_T

sebagai manusia, kita kene redha dengan segala ketentuanNya. jangan letakkan tanda tanya di mana Allah telah letak titik noktah...

No comments:

Post a Comment