Tuesday, February 7, 2012

=murabbi cinta=





murabbi cinta is the third part, the last part of special edition “Aku Terima Nikahnya”. i am now already finished reading this 562-pages book! dua hari cuti ni aku manfaatkan untuk habiskan “Murabbi Cinta”. alhamdulillah...=)

as usual, memang banyak sangat knowledge yang aku dapat. honestly, it is really worth it for me to read, and also to digest each and every single word in this book. semoga segala pesanan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang terkandung dalam “Murabbi Cinta” dapat menjadi pedoman kepada kita semua.

*** jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. maka selepas berumahtangga, hanya kekurangan isteri/suami sahajalah yang sering terlihat di mata.

*** nafsu Lawwamah itu adalah nafsu manusia yang sering menyesal. dirinya sedar tentang buruknya dosa dan beratnya murka Allah terhadapnya, tetapi sesalan itu tidak kuat untuk mencegah dirinya daripada mengulangi kesalahan yang sama.

*** kita tidak menilai kebaikan dengan kebaikan itu sendiri dengan iman, ilmu dan akal kurniaan Tuhan, sebaliknya kita suka melihat peribadi. suka mengintai apa yang tidak berkenaan dan tiada keperluan.

*** lelaki diciptakan Allah dengan 9 rasional dan 1 emosi manakala perempuan diciptakan Allah dengan 1 rasional dan 9 emosi. kekuatan wanita adalah pada emosinya. EMOSI, itulah kelayakan untuk seorang manusia hamil. kerana emosi itulah, alam bayi dalam kandungan digelar ALAM RAHIM, iaitu alam kasih sayang.

*** rumah tangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai. jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan?

*** kita selalu tidak rasional dan tidak realistik semasa kita romantik!

*** kita tidak perlu memulakan hubungan jika dalam jangka masa terdekat, tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan.

*** janganlah biarkan diri kita dipandu oleh keputusan emosi semata-mata. jika pasangan lelaki/perempuan sudah baik agamanya, atau yang paling utama, sedia dididik dan mahu belajar, maka terimalah dia seadanya.

*** tidak mungkin seorang lelaki bisa mencegah isteri dan anak-anaknya daripada kemurkaan Allah jika dirinya sendiri bergelumang dengan dosa!

*** dua cara yang sangat berkesan untuk memusnahkan kehidupan manusia : memusnahkan perkahwinan kerana singkat akal dan lemah pertimbangan, dan menolak perkahwinan kerana takut akan memusnahkan perkahwinan kerana singkat akal dan lemah pertimbangan.

*** jangan semua leteran mahu dibalas dengan leteran. jangan semua cakap menghina mahu dibalas dengan penghinaan. jangan semua tingkah laku yang menimbulkan kemarahan itu dibalas dengan kemarahan. belajarlah mengawal diri, belajarlah untuk tidak melatah dan jangan bertindak mengikut rangsangan.

renung-renungkan dan selamat beramal...=)

No comments:

Post a Comment