Tuesday, January 8, 2013

=it's all about 2012=


i’m back! bizinya…sampai terlupa nk update kat sini. semester 1 sesi 2012/2013 dah abis! final exam semester 1 pun dah berlalu la…of coz! masuk je kerja lepas raya aritu, aku kena ajar lecture..kumpulan M4. alhamdulillah, everything just perfect. yang paling aku syukuri, setelah selesai final exam & results diumumkan, kelas aku pencapaian 100%...baik kelas tutorial mahupun kuliah. alhamdulillah, syukur ya Allah…

as usual…kerja non-stop, weekend je masa untuk enjoy…tapi kadang-kadang aku ‘mengular’ jugak masa kerja…hehehe.

so many things happened in 2012. pahit ada, manis pun ada. but to be honest, yang pahit tu tersangat la pahit sampai aku hampir gila & yang manis tu tersangat la manis sampai aku menangis sambil tersenyum!

2012 : heartbreaks! he left me without any explanation… aku sendiri tak tau daripada mana aku dapat kekuatan untuk terima segala-galanya dengan redha. mama & abah pun boleh menitiskan air mata bila terkenangkan kisah sedih anak sulung diorang ni…sampai bila-bila pun mustahil diorang akan bertanya tentang jodoh aku. jika apa yang jadi kat aku ni adalah satu penzaliman & satu penganiayaan, percayalah bahawa Allah itu Maha Adil...

2012 : i lost my best friend! he is a guy, dah berkawan dengan aku sejak kitorang form 2 lagi. lama kan? masuk MRSM lain-lain, masuk matrik lain-lain tapi masuk U yang sama! dia memang kawan aku yang gila-gila. masa happy aku cari dia, masa sedih lagi la kan..he’s like a big brother to me! tahun 2012 ni dia dapat awek tapi malangnya awek dia jenis yang psiko. long story short, persahabatan ikhlas 13 tahun tu putus macam tu je. sedih, memang sedih!

2012 : angah kahwin!!! ya, mama dapat menantu sulung…tapi bukan daripada anak sulungnya! akhirnya kisah cinta adik aku sampai ke jinjang pelamin. akad nikah, majlis di rumah pengantin perempuan, majlis di rumah kami…segalanya serba-sederhana tapi meriah, memang meriah yang amat!

2012 : aku terpilih untuk membentangkan kertas kajian r&d kat langkawi. kertas kajian tu asalnya idea mentor kesayangan aku, kak wahida. walaupun hanya sekadar kertas kajian asas, tapi aku bersyukur sangat sebab kajian ni diterima untuk dibentangkan pada seminar penyelidikan pendidikan peringkat kebangsaan anjuran bahagian matrikulasi. ramai yang cakap, baru 3 tahun kerja dah dapat pergi peringkat kebangsaan. hohoho…kembang kempis hidung! alhamdulillah ya Allah…thanks a lot kak wahida, zura & aimei. we did it!!

2012 : most of my friend kahwin & dapat anak. yang paling bertuah, dapat suami tahun 2012, dapat anak pun tahun 2012! tahniah kawan-kawan. dua-dua tu aku tak dapat lagi sebab itu adalah takdirNya. aku tak dapat suami lagi, tak dapat anak lagi tapi Allah kan Maha Adil. Allah bagi kereta yang hensem, Allah bagi rumah yang comel untuk aku. alhamdulillah ya Allah di atas limpahan rezekiMu…

Thursday, September 6, 2012

=it's a 4-months-story!=


i insanely miss writing! lamenya tak menulis kat sini. sesi baru 2012/2013 dah nak masuk 4 bulan dah. budak-budak batch baru? honestly, they are getting worse...year by year. students nowadays are losing their respect towards the teachers a.k.a. lecturers. cobaan..semoga Allah kuatkan hatiku..semoga Allah tambahkan kesabaranku.

ok..kita tinggalkan kisah budak-budak matrik yang kurang ajar tu..kita masuk part yang best pulak. there were so many interesting stories happened.

aku dah ada rumah sendiri! walaupun hanya kuarters, tapi aku puas hati..tak lagi makan hati. alhamdulillah. 1 Julai 2012, aku dengan rasminya menjadi penduduk tetap kuarters D1...hehe. now it’s almost 2 months aku tinggal sorang-sorang.

bulan puasa dah pun berlalu. ini Ramadhan yang ke-3 aku kat sini. dah tiga tahun aku kerja kat Perak rupanya! bulan puasa hari tu, most of the time, aku masak sendiri untuk berbuka tapi bila kemalasan tidak dapat dikawal, aku ke bazar la! hehehe. i love bazar Ramadhan sebab macam-macam makanan ada dijual. best!

lepas Ramadhan, konpemla bulan Syawal! seminggu sebelum raya lagi aku dah balik kampung sebab cuti mid-sem bersambung dengan cuti raya. masa drive balik kampung, alhamdulillah, perjalanan sangat lancar sebab takde kereta sangat atas jalan. pengalaman seminggu berpuasa kat kampung memang best! bersahur & berbuka dengan family tercinta. is there anything better that that?
sambutan 1 Syawal sangat meriah. raya pertama ziarah family sebelah abah, raya kedua ziarah family sebelah mama. raya ketiga mama dah mula kerja dan raya ketiga jugaklah aku demam! pertama kali demam untuk 2012! badan jadi panas, tekak jadi sakit, batuk tak henti. dugaan! seminggu Syawal di kelantan, finally i had to go back to gopeng. perjalanan balik ke gopeng agak mencabar sebab kereta sangat banyak atas jalan tapi alhamdulillah tak jem.

about teaching, episod baru bermula sebab aku kena ajar kuliah! 2 more months to go before final exam. hopefully my students are ready enough to give their best shot in the exam. insyaAllah.

Wednesday, May 30, 2012

=welcome 2012/2013=

alhamdulillah, new students for 2012/2013 already registered! cuti 3 minggu dah habis, sila mulakan sesi baru dengan semangat baru! hohoho

cuti 3 minggu buat ape? time flies..dengan sangat laju! selama 3 minggu, aku adalah surirumah yang berjaya...hehe. my mama has to work. jadi semua kerja rumah dari mengemas hinggalah memasak, semua aku buat! alhamdulillah, segalanya sempurna. i am already 26, takkan la tak reti nak buat semua tu, kan? lagipun, aku memang kena trained dari kecik lagi. tambah pulak, i am the one and only daughter! 

isnin, 21 Mei masuk kerja. bosan yang amat! dalam kepala masih lagi dok teringat kat kampung. for the first time in my life, aku 'homesick'. seriously! sampai nangis-nangis teringat kat mama, abah, dan adik-adik kat kampung. maybe sebab aku memang terlalu rapat dengan diorang semua mase 3 minggu cuti tu. fortunately, 1 Jun ni aku akan balik kampung lagi. boleh la lepas rindu kat family!

isnin, 28 Mei bermula pendaftaran bagi sesi 2012/2013. aku jadi AJK Cenderamata. pening kepala layan kerenah budak-budak baru, tu tak masuk lagi kerenah mak bapak diorang..kadang-kadang parents ni yang lagi 'over' daripada students. aduhhh..drama di hari pendaftaran! bertabahlah wahai hati..senyum!

sesi baru, pelajar baru..semoga Allah bekalkan aku dengan semangat baru untuk mendidik mereka semua. yang paling penting, semoga Allah kurniakan aku dengan kesabaran untuk berdepan dengan seribu satu kerenah pelajar-pelajar. insyaAllah. =)

Friday, April 27, 2012

=26 years old @ 27 april 2012=



alhamdulillah, birthday saya yang ke-26 jatuh pada hari jumaat! syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas hingga ke usia yang ke 26. terlalu banyak kenangan pahit & manis sepanjang 26 tahun saya di bumi Allah ni. 

dilahirkan di HUSM pada pukul 2.35 petang, 27 april 1986, saya membesar sebagai kanak-kanak perempuan yang sangat chubby & nakal! tahun demi tahun, saya terus membesar dan menjadi gadis ‘tomboy’ yang ‘brutal’ sebab hidup saya dikelilingi adik lelaki, hanya lelaki! rambut saya pendek, main bola sepak, lumba basikal, panjat pokok dan macam-macam lagi yang budak lelaki buat, saya pasti buat! tahun demi tahun, saya terus membesar sebagai seorang perempuan yang berdikari, sangat berdikari sebab abah saya sangat tegas & tak pernah manjakan saya. mama pulak adalah seorang yang sangat sporting & understanding. semakin saya dewasa, semakin saya faham cara abah & mama membesarkan saya telah membentuk siapa saya pada hari ni.

saya perempuan yang berdikari, sangat berdikari! abah besarkan saya macam anak lelaki dia yang lain. selagi saya boleh buat, dia akan paksa saya buat sampai dapat. abah mengajar saya, selagi saya boleh buat sendiri, jangan sesekali cuba menyusahkan orang. seboleh mungkin, selesaikan sendiri setiap masalah yang timbul! di sebalik ketegasan abah, mama selalu bagitau, saya adalah anak kesayangan abah & abah sayangkan saya lebih daripada mama sayangkan saya. alhamdulillah, sekarang saya faham, “action speaks louder than words”. mungkin abah tak pernah luahkan sayang dia pada saya tapi segala perbuatan dia yang sentiasa melindungi saya adalah bukti yang dia sangat sayangkan saya! 

saya perempuan yang kaku, pemalu dan tak reti nak bermanja dengan lelaki. betul! mama selalu berpesan supaya saya sentiasa jaga kehormatan diri. bagi saya, kehormatan diri seorang perempuan adalah sifat malu yang ada padanya. hilang sifat malu, maka hilanglah kehormatan & maruah dirinya! syurga saya di bawah tapak kaki mama, sebab itu saya tidak akan sesekali melanggar pesanan mama. saya pernah berjanji dengan mama bahawa sifat manja saya, sifat ‘caring’ saya, sifat ‘tidak kaku’ saya, sifat lembut menggoda saya, sifat patuh saya...segala-galanya yang terbaik daripada saya hanyalah untuk lelaki yang bergelar suami saya. hanya untuk dia & dia itu adalah suami saya! 

pada usia saya yang genap 26 tahun hari ini, saya masih sendiri & masih menunggu jodoh yang ditentukan oleh Allah untuk saya. sesungguhnya walau siapa pun dia, jika dia adalah lelaki itu, lelaki yang ditakdirkan Allah untuk menjadi suami saya, dia adalah lelaki yang boleh memahami kenapa saya jarang sekali meminta pertolongan dia sebelum dia betul-betul menjadi suami yang boleh saya jadikan tempat berlindung & bergantung. dia tentu faham kenapa saya selalu selesaikan sendiri segala masalah saya. dia juga mesti boleh menerima diri saya yang sangat kaku dan sangat tak pandai nak bermanja dengan dia selagi belum terlafaz akad yang menjadikan diri saya sah milik dia. 

siapa pun dia, awal-awal lagi saya nak mintak maaf sebab mustahil saya akan terliuk-lentok bermanja dan menggoda dia selagi belum tertunai ijab dan kabul antara saya dan dia. saya cuma mampu berdoa agar dia dapat menerima saya seadanya kerana inilah saya, apa adanya. insyaAllah, jika saya untuk dia, saya pasti akan jadi milik dia & jika saya bukan untuk dia, maka saya pasti bukan yang terbaik untuk dia. Allah Maha Mengetahui...=)

Saturday, April 7, 2012

=rain=

27 Mac 2012, kereta yang aku tempah dah sampai kat showroom di kelantan! alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi di atas satu lagi kurniaan rezekiNya kepada aku. i am totally happy. penantian selama hampir 10 bulan akhirnya tamat!

salah satu impian aku, ingin memiliki kereta sendiri. and the most important thing is, my first car should be my dream car! 2 tahun aku kumpul duit, alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku beli kereta idaman! pelbagai dugaan aku tempuh selama dalam tempoh untuk nak dapatkan kereta ni. mungkin inilah hadiah bagi sebuah kesabaran. =)

kenapa aku kena tunggu sampai 10 bulan? hikhikhik...panjang ceritanya! mula-mula aku tempah kaler crystal black pearl tapi last minute, terlalu last minute aku tukar kepada kaler polish metal metallic. ejen tu dah warning, kalau aku reject kaler hitam tu memang kompem aku punya turn akan jadi sangat lambat. aku pasrah! actually, my best friend yang nasihatkan supaya tukar kaler sebab kaler hitam agak bahaya kalau aku bawak drive malam. driver lain tak nampak, dah la aku ni kecik je..tambah la orang tak nampak! i think he is totally right. and now, i am insanely admire this polish metal metallic! chantekkkk! thank u so much my best friend! =)

its name is RAIN. kenapa rain? nothing much to describe. first, rain tu maknanya hujan, kan? hujan adalah satu rahmat. semoga hidupku sentiasa dilimpahi rahmat Allah hingga ke akhir hayat. second, aku suka main hujan. suka sangat. pastu kena demam selsema *padan muka..hee*. third, aku minat sangat dengan pelakon/penyanyi korea yang nama rain. hohoho. =p

yang pasti, bila terpandang kereta tu..hati ni terdetik, itu adalah satu lagi anugerah Allah kepada aku. begitu banyak limpahan rezeki yang Allah bagi kat aku, aku kena bersyukur. wajib bersyukur! semoga dengan rezeki yang ada ini tidak menjadikan aku manusia yang sombong, tetapi menjadikan aku lebih bersyukur dan merendah diri. insyaAllah. =)

Tuesday, March 27, 2012

=21 Mac 2012=

it was a meaningful date! both of my beloved brothers shared two different stories of happiness!

first, shaifuddin @ epu celebrated his 23rd birthday! ini la dia adik nombor 3, the most handsome boy dengan perangai 'kepala hangin' & 'cepat panas'...but i love him, still. semoga panjang umur & dimurahkan rezeki oleh Allah.


second, aiman @ imey celebrated his best SPM results ever! 9A+!!! syukur alhamdulillah. kalau aku ade mase die ambil result tu, mesti aku dah menangis sebab terlalu gembira. ini la dia adik nombor 5, the genius kid dengan perangai yang sangat menurut perintah..'aiman tak kisah'...but i love him, still. semoga terus berjaya di masa akan datang.

syukur ya Allah, family aku dapat 2 kebahagiaan serentak. for both of you, along doakan semoga segala yang terbaik di dunia & di akhirat akan menjadi milik kalian...insyaAllah. =)

Thursday, March 15, 2012

=41. 44. 48=

what a happening week! start daripada last week, hampir semua orang especially my biology seniors were talking about ‘gaji’. syukur alhamdulillah, semua yang memangku DG44 dan DG48 telah sah ke jawatan masing-masing. tangga gaji memang totally berubah la..kalau DG44 lebih kurang dalam RM4000 sebulan, yang DG48 pulak tolak tambah dalam RM6000 sebulan. fuyyyoh! *mintak sini sikit..kihkih* semua nampak gembira dan ceria. yang pasti, macam-macam plan dah ada dalam kepala! ade yang nak bawa family makan angin, ade yang nak beli rumah, ade yang nak keluar daripada kuarters, ade yang nak beli kereta baru..macam-macam! aku tumpang gembira. alhamdulillah bertambah nikmat Allah kepada mereka. aku dan kawan-kawan yang setahun jagung ni, ade jugak berita gembira untuk dikongsi! kami dah sah jawatan DG41. gaji? rahsia..hikhik.

alhamdulillah, semoga kami terus dapat mensyukuri nikmat kurniaan Allah kepada kami. semoga dengan pengesahan jawatan dan peningkatan gaji ni, prestasi kami akan turut sama ade peningkatan. insyaAllah...=)