Tuesday, February 7, 2012

=bercinta sampai ke syurga=




mesti ade yang terkejut bile tengok tajuk ni...kan? itu bukan tajuk yang sengaja aku reka. actually this is the second part of special edition “Aku Terima Nikahnya”. dah lame dah aku khatam bahagian kedua buku ni tapi sangat takde mase sampai terlupa nak update kat sini.

bahagian kedua “Aku Terima Nikahnya” banyak memberi keinsafan kepada aku. setiap bab yang aku baca, sangat menyentuh perasaan. and, whatever written here are something special that I deadly wanted to share with you. semoga segala pesanan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang terkandung dalam “Bercinta Sampai Syurga” dapat kita manfaatkan bersama.

*** agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita. kerana kita manusia yang lupa bahawa kita semua adalah HAMBA. status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji. lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita. daripada seorang hamba yang kurang baik kepada hamba yang lebih baik. namun, masih seorang HAMBA.

*** HAMBA mesti sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki. HAMBA mesti sentiasa sedar dirinya layak diuji. HAMBA mesti sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.

*** manusia lain mungkin boleh memaafkan, tetapi maafnya sukar menambah kasih. tetapi tidak Allah. keampunan akan disusuli dengan kasih sayangNya. tiada makhluk yang mampu mengambil acuan itu kecuali seorang ibu. hanya seorang ibu yang Allah limpahkan dengan sifat kemaafan tanpa syarat, kemaafan yang seterusnya menambah lagi sayang kepada anaknya itu.

*** rupa-rupanya deru alur dan tiupan angin yang nyaman itu adalah tasbih zikrullah. rupa-rupanya titis hujan dan cengkerik malam itu adalah tasbih zikrullah. rupa-rupanya kokok ayam dan sahutan katak di paya itu adalah tasbih zikrullah. kerana itu, biar siapa pun kamu dan apa pun agama kamu, tiada manusia yang tidak tenang apabila mendengar bunyi alam.

*** apabila berlaku sesuatu pertengkaran, pisahkan antara MARAH dan BENCI kerana marah itu adalah luahan rasa tidak puas hati dengan mengharapkan perubahan manakala benci pula adalah luahan rasa tidak puas hati tanpa mengharapkan perubahan. untuk dibezakan antara keduanya, kembalilah kita dengan menyoal diri, kita bertengkar untuk MARAH atau BENCI?

*** cinta itu krisis besar dalam masyarakat hari ini. sama ada ia racun yang menggilakan kewarasan, atau ubat kepada si gila untuk kembali waras.

*** perempuan sering tidak rasional semasa membuat bising. lelaki pula sering tidak rasional semasa mendiamkan diri. maka, belajarlah untuk mengurangkan kebisingan wahai sang isteri dan belajarlah untuk bersuara wahai sang suami!

*** tidak mungkin syurga di akhirat menjadi habuan kita, andai dunia bersalut neraka. berjuanglah berbekalkan takwa untuk mengharungi epilog sebuah cinta, hingga terkecap syurga dunia. bercintalah sampai syurga, wahai dua insan bercinta!

renung-renungkan dan selamat beramal...=)

Monday, January 2, 2012

=aku terima nikahnya=




edisi istimewa “Aku Terima Nikahnya" – kompilasi ‘Aku Terima Nikahnya’, ‘Bercinta Sampai ke Syurga’, dan ‘Murabbi Cinta’. buku yang paling aku inginkan! pernah aku berniat nak jadikan buku ni sebagai salah satu pelengkap dulang hantaran semasa kahwin. jodoh itu ketentuan Allah, dan jodohku nyata masih jauh..

buku ni housemate aku pinjam daripada kawan dia. tup, tup..aku yang baca dulu. =p. she’s so busy with her wedding preparation, will she be able to spend her time to read that 562-pages book?? i don’t think so..=p. ummi atiah mohamad, jangan marah ye dik...love u!

i am now already finished the first part of this book, from page 1 until page 162 in 3 days. dah habis part 1 - ‘Aku Terima Nikahnya’! banyak sangat knowledge yang aku dapat daripada buku ni. berbaloi habiskan masa dengan membacanya! 3 hari aku tidur lewat, khusyuk membaca! here they are the advices, the quotes, the knowledge which i deadly want to share with you. semuanya tertulis dalam buku ni. aku cuma menyampaikan apa yang ditulis oleh ustaz hasrizal abdul jamil.

“edisi istimewa : aku terima nikahnya. calon pencinta menjadikannya sebagai persediaan. pencinta semasa mengambilnya sebagai perencah rasa. pencinta semalam bercermin diri menjadikannya sebagai renungan”

*** “terimalah seseorang, seadanya. kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai

*** “saya berumahtangga bukan untuk menerima, tapi saya berumahtangga kerana mahu memberi. memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan”

*** “jangan biarkan diri kita dipandu emosi semata-mata. jika pasangan lelaki/perempuan sudah baik agamanya, atau yang paling utama, sedia dididik dan mahu belajar, maka terimalah dia seadanya”

*** “maka pilihlah yang memiliki agama, nescaya sejahtera hidupmu”- dia mungkin sesiapa sahaja tapi yang pasti dia sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan – dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar – she is teachable.

*** “you complete me – itulah realiti hubungan antara suami dan isteri – meraikan perbezaan

*** “anak-anak jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. namun seorang ibu dan ayah mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya kerana cinta mereka adalah CINTA TANPA SYARAT

*** “orang yang baik-baik memang sakit bersalin tapi senang melepaskan nyawa apabila nak mati. perempuan zina memang cukup mudah semasa bersalin tetapi ketika nazak, hanya Allah yang tahu seksanya nyawa nak lepas. nauzubillah”

*** “anak derhaka pada akhir zaman bermula dengan dosa ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja

*** “pendidikan anak-anak bermula dengan memilih ibu yang baik untuk mereka”

*** “kita tidak menilai kebaikan pada kebaikan itu sendiri dengan iman, ilmu dan akal kurniaan Allah. sebaliknya kita suka melihat peribadi. inilah pemikiran songsang yang sering menghukum dengan cara yang berbeza

*** “tidak masuk syurga sesiapa yang di dalam hatinya ada sebesar zarah sekali pun sifat ego

*** “bukanlah kuat dan tegas itu pada kuat pertarungan. tetapi kuat dan tegas yang sebenar ialah pada keupayaan seseorang itu mengawal dirinya ketika marah

*** “syukurlah isteri saya kuat dan penyabar. setiap hari saya memperbaharui syukur saya kepada Allah kerana mengahwininya”

*** “erti hidup pada memberi. dan memberi mesti dengan kasih sayang. tanpa kasih sayang, memberi adalah beban dan benci”

*** “kerana tuntutan persaudaraan dan kasih sayang, maka hiduplah di dunia dengan memberi. demi akhirat negeri menerima yang kekal abadi”

*** “jika mahu berkahwin, jangan hanya merancang pelamin. masukkan sekali urusan lampin. kerana rumahtangga bukan utopia cloud nine. ia adalah kombinasi suka dan duka. namun dalam duka tetap ada bahagia, itulah nikmat hidup berumahtangga. medan memberi paling mulia!”

renung-renungkan, dan selamat beramal. =)

Sunday, January 1, 2012

=new year 2012=

when the brand new year comes, everyone will busy asking and talking about ‘azam’. azam 2011 tertunai ke? ape pulak azam 2012? soalan-soalan yang ‘klise’ tu akan kedengaran, year by year!

what about me? alhamdulillah, 3 azam untuk tahun 2011 semuanya tertunai. nak kumpul duit banyak-banyak, nak keje dengan lebih bersemangat & nak enjoy zaman bujang with my girls. alhamdulillah, Allah gave me the opportunities to fulfill all my wishes. syukur ke hadrat Ilahi.

azam tahun 2012? ade satu je azam aku untuk tahun 2012. aku berniat untuk kahwin. sounds weird, right? and some might think that i’m “gediks”. whatever! like i care. =p

perkahwinan adalah suatu perkara yang teramat mulia. segala-gala di dalamnya adalah ibadah dan pahala. perkahwinan ialah medan memberi yang paling mulia. kenapa hanya memberi? kenapa bukan memberi dan menerima? kenapa bukan hanya menerima? suatu ketika dulu aku pernah terfikir, there must be ‘give and take’, right? kalau tak ade ‘give and take’, camne nak bahagia? itu adalah pendapat aku, aku yang pada ketika itu sangat cetek pengetahuan tentang tuntutan islam, tentang perkahwinan. sekarang, aku sedar...alhamdulillah. sebenarnya, bila kita memberi dengan penuh keikhlasan, sedikit pun kita tidak akan terfikir untuk menerima kerana kita pasti menerima sesuatu daripada Allah. ganjaran daripada Allah itu sudah pasti ada! itu janji-Nya.

i will be 26-year-old bachelor in 2012. honestly, sebelum ni pun memang dah target nak kahwin sebelum umur 27. hopefully i can fulfill my dream even though i am still single. frankly speaking, i have a very wonderful career, i have a very loving and understanding mama and abah, i have a very happening siblings, i have a very supportive and helpful best friends and i will have my beautiful dream car this coming march. alhamdulillah, syukur alhamdulillah ya Allah... but the one and only thing missing in my life is a leader, so called husband. it is not that i’m not being grateful for what i already had in my life, tapi perkahwinan menyempurnakan separuh daripada iman kita, kan? furthermore, aku bukannya budak sekolah umur 18, 19 tahun yang tergedik-gedik nak cari boyfriend, nak bercinta. that’s so not me! i’m not looking for a boyfrined but i’m looking for a husband to love me, to take care of me, and most of all, to guide me. plus, i know that my mama and abah truly want me to get married. they never told me that but i’m their daughter. i know them better!

calon camne yang aku nak? of course la yang muka macam aaron aziz! hakhakhak. just kidding! i know that i’m not perfect, yes, i’m not perfect! aku hanya mengharapkan seorang lelaki yang boleh memimpin aku dari segala segi. insyaAllah aku janji untuk cuba membimbing diri aku sendiri untuk memudahkan tanggungjawabnya ke atas aku. lelaki itu diharap boleh melenturkan aku...lelaki itu...TEGURANNYA TEPAT, RINGKAS TAPI BERASAS, PEDAS TAPI JUJUR, PANAS TAPI IKHLAS, BERAPI TAPI BERALAS. that’s my leader! that my dream guy! that’s my ‘imam muda’!

semoga Allah menemukan aku dengan lelaki yang soleh untuk memimpin aku ke akhirat. semoga Allah mempercepatkan jodohku. apa sahaja ketentuan-Nya, sudah pasti itu yang terbaik untukku kerana Allah Maha Mengetahui...=)

Friday, December 30, 2011

=himpunan solat-solat sunat=

i bought 4 books and this is the first book yg aku khatam. yang lain nak kene ambil giliran masing-masing. honestly, weekdays memang tak boleh nak fokus untuk membaca. balik keje lewat, lepas isyak je aku dah black-out! how can i do reading?

aku saje nak share about the knowledge yang aku dapat daripada buku ni. this book is quiet detail and interesting! maybe kita pernah buat istikharah, but do we really follow all these 9 procedures? i bet you (maybe) do not know about all these procedures! kaedah menunaikan solat istikharah:-

** dilaksanakan ketika hampir tidur di waktu malam.

** dilaksanakan sebanyak 2 rakaat dengan 1 salam.

** selepas melakukan solat ini dilarang berbual-bual atau berkata-kata.

** sebelum tidur hendaklah membaca 3 qul (surah al-ikhlas, al-falaq dan an-nas).

** baca ayat qursi untuk menghindarkan gangguan syaitan di dalam mimpi.

** tidur dalam keadaan mengiring ke sebelah kanan (tidur sunnah) supaya tidak diganggu syaitan.

** tidur dalam keadaan berwudhuk.

** bila sudah bermimpi malam ketiga (contohnya), teruskan bersolat kerana mungkin akan mendapat jawapan yang lebih tepat pada malam seterusnya.

** gerak hati adalah jawapan yang lebih tepat berbanding mimpi. (namun, gerak hati yang tepat adalah bila hati dalam keadaan yang bersih. nak bersihkan hati, buatlah solat sunat taubat terlebih dahulu!)

frens, these are my suggestions! kalau tak nak buat solat sunat yang lain, at least buat la yang empat ni.

= solat sunat hajat : dilakukan ketika mempunyai hajat dan berharap agar hajat mereka dipenuhi dan diperkenankan allah.

= solat sunat istikharah : dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang dia sendiri tidak dapat pastikan. istikharah bermaksud meminta pilihan daripada Allah.

= solat sunat tahajjud : dilakukan ketika manusia lain sedang tidur semata-mata ingin bermunajat kepada Allah dan mengharapkan pengampunanNya.

= solat sunat taubat : dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah, boleh dilakukan pada bila-bila masa apabila seseorang itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah.

why these 4?

sebab manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang tidak pernah lepas daripada keinginan, impian dan hajat yang dingini. jadi, berhajatlah! sebab manusia sentiasa perlu memilih yang terbaik . life is all about choosing. jadi, beristikharahlah! sebab manusia adalah makhluk Allah yang tidak dapat lari daripada melakukan dosa, sama ada dosa kecil atau besar. jadi, bertahajjudlah dan bertaubatlah!

renung-renungkan dan selamat beramal...=)

Wednesday, December 21, 2011

=my real treasure=

Actually i supposed to write about all this on 18th of December! I went to Popular book fair at Ipoh Parade. The best moment ever sebab dapat beli buku-buku yang sangat berguna! I bought 4 books, honestly tak ade la banyak sangat but i was very satisfied. Sebenarnya dah lama berniat nak beli buku-buku ni tapi kewangan tak mengizinkan...heee

Buku ape yang aku beli???

1. Himpunan Solat-solat Sunat : Panduan lengkap solat sunat. Sebelum ni memang pernah buat solat sunat tapi mungkin ada kekhilafan yang aku sendiri tak sedar. Sengaja beli untuk dijadikan koleksi, juga sebagai panduan untuk masa sekarang dan masa akan datang.

2. Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul : Buku ni memang dah lama aku cari. Selalu je sold out! Sangat excited bila dapat beli! Actually, my best fren, rosma pun ada buku ni tapi i refuse to borrow because i want my own! Aku minat dengan ustazah fatimah syarha, penulis buku ni.

3. Apabila Hati Rindu Menikah : This book educates us about all the reasons why we have to get married. Islam menganjurkan umatnya supaya berkahwin kerana “bernikah mengurangi dosa dan maksiat, bernikah menyatukan bahagia dan nikmat”. Sesiapa yang menganggap perkahwinan adalah satu beban, baik cepat-cepat mengucap kerana anda mungkin sudah melanggar perintah Allah dan Rasul-Nya.

4. Cinta : Meraikan Kasih Di Langit Syurga (kompilasi “Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah s.a.w”, “Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah s.a.w., dan “Semurni Kasih Adam Seutuh Kasih Hawa”). : Aku pernah pinjam buku “Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah s.a.w” from my best fren, rosma. Dah lama dah khatam buku tu. Sangat best! Masa kat book fair, bila terjumpa this special edition, langsung tak fikir apa dah. This is a ‘must buy’ book!

Kenape buku-buku macam ni yang aku beli??? Pernah aku terdengar “nak jadi perempuan yang baik, isteri yang baik, isteri solehah ni bukannya boleh belajar daripada buku!”. Itu ayat-ayat sinis daripada kawan lelaki tempat kerja la tu. Sabarlah wahai hati..

Honestly, tak kisah pun dengan pandangan macam tu because everyone has their own opinion. Terpulang pada diri masing-masing. But for me, at least i try my best untuk mencari bahan bacaan terbaik untuk memotivasikan diri ke arah yang lebih baik. Daripada aku mengadap majalah URTV ke, Mangga ke, novel cinta Ombak Rindu ke...better aku layan “Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul”.

What say u?? =)



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Thursday, December 15, 2011

=new batch 2011/2012=

first of all, my blog is now already berhabuk & bersawang! it’s been so long aku tak update blog ni. lazy? maybe! busy? absolutely! penat jugak jadi pensyarah ni. **kireya, gaji setaraf dengan keje la..hehe**.

batch baru 2011/2012 dah mendaftar, sekarang dah siap dapat result PSPM 1 dah! **lamenye aku tak bukak blog ni**. about the results, my students yang aku expect dorang dapat 4.0 flat, memang dapat 4.0 flat. i’m their teacher, of course i know who can score well in the exam, right? most of them scored average pointer, about 3.0-3.5. alhamdulillah, yang penting tak kene kick daripada program matrikulasi!

to all my students, thanks for giving me such a satisfaction by scoring A in Biology. bagi yang kurang bernasib baik, don’t you ever dare to give up sebab cikgu sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu!

sekarang ni dah masuk semester kedua, bulan 4 ni sesi 2011/2012 akan berakhir. cepatnye mase berlalu! for this brand new semester, aku diberi tanggungjawab mengajar kuliah. kuliah besar, about 200 students! the most challenging part is, aku kene ajar kuliah yang mana most of the students adalah yang lemah! now, is already my 4th week teaching them. memang dorang lemah, sangat lemah tapi dah jadi kewajipan dan tanggungjawab aku untuk membimbing dorang, kan? aku kan cikgu! pelajar adalah amanah daripada Allah! alhamdulillah, tiada sebarang masalah attitude. semuanya baik dan berdisiplin. our relationship as teacher & students pun sangat close. it’s so very fun to teach them! aku sangat percaya..”Allah tidak akan memberi kita beban/dugaan/cabaran yang kita tidak mampu tanggung”. sekarang aku 100% yakin, aku boleh mengajar dan membimbing pelajar-pelajar kuliah B1 yang lemah! semoga kita berjaya mendapat result yang cemerlang untuk Biology! insyaAllah...=)



http://s.exps.me